Bertempat di Pusat Perniagaan Sengat yang berlokasi di Ipoh, Perak telah berlangsungnya program Sing Yik Motors Anniversary dan juga Customer Day pada 21 Mei yang lalu. Selain menyambut ulang tahun, Sing Yik Motor turut meraikan para pelanggan setia yang selalu memberikan sokongan.
Bagi memeriahkan lagi program ini, Sing Yik Motor telah menjemput Crew RS150 Official yang tidak pernah menghampakan dengan kehadiran ahli-ahlinya sekali gus menyemarakkan lagi suasana. Dimulakan seawal pukul 10.00 pagi, program ini berlangsung sehingga pukul 2.00 petang.
Pelbagai aktiviti telah disediakan pihak penganjur untuk memastikan program yang dinanti-nantikan ini berjalan lancar termasuk persembahan pentas dari band undangan. Para pengunjung juga tidak melepaskan peluang masing-masing mempamerkan bakat terpendam.
Tidak ketinggalan, beberapa permainan menyeronokkan turut disediakan selain jamuan dengan hidangan makanan yang menyelerakan. Para pengunjung yang terdiri dari ahli-ahli Crew RS150 Official yang diketuai saudara Zam mengambil kesempatan ini merakamkan kenangan bersama warga Sing Yik Motor.
Tahniah diucapkan kepada Sing Yik Motor di atas ulang tahun yang gemilang ini dan semoga terus sukses di masa hadapan. Kepada para pembaca yang berhampiran atau ada di sekitar Ipoh dan berminat untuk mengunjungi Sing Yik Motor, jangan lupa lokasinya di 17-19 Jalan Perniagaan Sengat, Pusat Perniagaan Sengat di Ipoh.
Anda juga boleh hubungi;
http://wa.link/mdqxkj – (Jack)
http://newcarsales.wasap.my – (Tyson)