Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Perjalanan Ukhuwah, Dakwah, dan Sahsiah

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-01-20
in BULETIN, UTAMA
0

Program Konvoi Muhibah Vol. 3 yang dianjurkan pada 29 Disember lalu oleh Rose Riders berjaya mengumpulkan lebih 50 motosikal dari pelbagai model dan kapasiti enjin. Dengan tema yang sinonim dengan tagline “Ukhwah, Dakwah, Sahsiah,” konvoi kali ini memberikan pengalaman unik kepada para peserta, bukan sekadar menunggang tetapi juga menyemai nilai-nilai persaudaraan dan keinsafan.

Perjalanan bermula di Masjid Jamek Kamunting dengan ucapan dan tazkirah ringkas oleh Ustaz Abu dan Ustaz Zaki, menyentuh peri pentingnya silaturahim dalam kalangan umat Islam. Selepas itu, para peserta menuju ke Bukit Merah Lake Town Resort sebelum singgah di Ban Pecah, Tanjung Piandang, destinasi yang terkenal dengan keindahan panorama dan keramahan penduduk setempat.

Antara tarikan program ini ialah gabungan elemen rekreasi, pendidikan, dan amal. Konvoi seperti ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan dalam kalangan peminat motosikal, tetapi juga menjadi medium untuk mendidik nilai-nilai murni. Tambahan pula, kehadiran tetamu kehormat seperti En Syed dari Route A190 serta pemuzik jemputan En. Helmi dan sokongan daripada pemilik Warung Ban Pecah, En. Lan, serta Jawatankuasa JKPP Jalan Pantai menyemarakkan lagi suasana kekeluargaan program ini.

Konvoi ini turut disertai oleh kelab-kelab seperti Rose Riders dan LWBikers, mencerminkan kesepaduan antara pelbagai komuniti permotoran. Selain menikmati perjalanan, para peserta juga mendapat pengisian rohani dan kesedaran melalui tazkirah bertemakan “Silaturahim,” yang diadakan semasa persinggahan. Aktiviti ini menjadi satu elemen menarik yang memperkukuh matlamat program dalam membentuk sahsiah diri.

Program kali ini merupakan penganjuran ketiga selepas dua edisi terdahulu yang turut mendapat sambutan hangat. “Kami berharap Konvoi Muhibah ini dapat diteruskan sebagai platform memartabatkan ukhuwah permotoran sambil menyebarkan dakwah dan nilai sahsiah,” ujar salah seorang penganjur, Bro Zass dari Rose Riders.

Sebagai penutup, penganjur menzahirkan penghargaan kepada semua peserta, penaja, dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Konvoi Muhibah Vol. 3 membuktikan bahawa hobi permotoran boleh dimanfaatkan untuk mendekatkan diri kepada pencipta dan sesama insan, sejajar dengan prinsip dakwah yang diterapkan.

Previous Post

Pelbagai Model, Pelbagai Jenama, Meriahkan Dunia Permotoran Malaysia

Next Post

Skuter untuk Kegunaan Harian dan Pengembaraan, Harga Bermula dari RM14,488

Next Post

Skuter untuk Kegunaan Harian dan Pengembaraan, Harga Bermula dari RM14,488

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved