Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Perjalanan Off-Road Yang Mengujakan!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-01-21
in BULETIN, UTAMA
0

Enduroland Adventure Penang mula bertapak di Padang Ibu, Kubang Semang pada Mei, 2019. Kata-kata sepakat dari beberapa rider yang sebelum ini telah beberapa memasuki pertandingan acara sukan lasak (off-road) seperti Rimba Raid dan GS Throphy Challenge dengan jentera berkuasa tinggi menubuhkan Enduroland Penang.

Dianggotai seramai 30 orang ahli, nama Enduroland Penang tidak asing lagi bagi rider yang gemarkan aksi off-road menggunakan jentera berkuasa tinggi. Enduroland juga dikenali beberapa jabatan kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia yang menjalani latihan off-road di Enduroland Adventure Penang sebelum ini.

Latihan demi latihan dianjurkan di Enduroland Penang. Sejak dunia dilanda pandemik, negara Malaysia juga terjejas akibat Covid-19. Segala perancangan tergendala hari demi hari dan berlanjutan bulan ke bulan. Banyak acara permotoran di luar negara dan dalam Malaysia juga terbatas akibat Covid-19.

Selepas beberapa bulan rakyat Malaysia dibatasi dengan beberapa sekatan PKP, PKPD, PKPB. Akhirnya, Oktober 2021 menjadi tarikh keramat untuk rakyat Malaysia apabila kerajaan mengumumkan boleh rentas daerah. Beberapa hari kemudian, kerajaan turut memberi kelonggaran bebas untuk merentas negeri.

Setelah berbincang bersama pihak urusetia Enduroland Adventure Penang, masing-masing sepakat untuk menganjurkan satu ride selepas PKP dengan hati yang gembira. Setelah sekian lama, akhirnya mereka dapat menganjurkan ride sambil mengasah skill off-road.

Ride kali ini telah melalui persisiran pantai dari Penang – Kedah – Perlis bermula pada 13 November dan 14 November lalu. Lebih kurang 15 rider dan seorang rider dari Thailand, Mr Pongthep termasuk seorang lady biker Lin Yeoh bersama anak bongsu nya Ken (rider muda berumur 16 tahun) telah menyertai ride ini.

Sebelum meninggalkan kediaman masing-masing, semua rider telah melakukan ujian kendiri Covid-19. Sekitar jam 7.30 pagi, beberapa rider telah mula berkumpul di Pulau Pinang dan bergerak ke Sungai Dua, Penang untuk berkumpul dengan kumpulan ke 2 pada jam 8.00 pagi sebelum bergerak ke Caltex Yan, Kedah.

Sebaik tiba di Caltex Yan, para peserta disambut oleh Timbalan Presiden Enduroland Aventure Penang, Capt Asri Ismail ( Ketua Konvoi Ride Persisiran Pantai) pada jam 9.30 pagi melalui batas Ban dari Dulang, Yan. Mereka singgah di mercu tanda Kampung Kuala Dulang Kechil. Di sini bermulanya off-road trail melalui trails tepian pantai – Pulau Bunting, Kota Kuala Kedah, Sanglang, Kuala Perlis yang melibatkan perjalanan lebih kurang 3 jam.

Seterusnya, mereka meneruskan perjalanan ke Pos Batu Putih, Perlis dan tembok sempadan Malaysia-Thailand. Para peserta singgah makan tengah hari di Seafood Mat Rock Der, Kuala Perlis. Selesai makan tengah hari, mereka menuju ke Tasek Timah Tasoh.

Lebih kurang jam 4.00 petang, perjalanan disambung semula dan menuju ke Homestay Mada Kampong Pulau Pisang, Jitra Kedah. Lebih kurang jam 5.00 petang, semua peserta tiba di homestay dengan selamat. Setelah berehat dan sementara menunggu makan malam, para peserta berkongsi pengalaman ride persisiran pantai siang tadi.

Ada di antara rider berhajat untuk mengulangi route persisiran pantai yang dilalui siang tadi. Menurut Doc Zul, selepas ride persisiran pantai ini, mereka ada perancangan untuk ride melalui paip gas melalui hutan ke Bukit Bunga Raya, Changlon dan seterusnya ke Bukit Kachi, Changlong dan Chuping, Perlis.

Perkongsian : ~kNor~

 

Previous Post

Anjuran Anson Retro Club

Next Post

Gabungan Luar Biasa Ducati Dan Lamborghini Aventador SVJ

Next Post

Gabungan Luar Biasa Ducati Dan Lamborghini Aventador SVJ

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved