Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Peninsular Bike Trips 2020 Sempena Hari Malaysia Serta Penghargaan Kepada Pasukan Hadapan (BOMBA)

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-09-22
in BULETIN, UTAMA
0

Diilhamkan oleh ketua kembara, Tuan Izman Bin Adnan selepas selesai mengadakan trip kembara durian di Sahom Valley, Gopeng (Perak) pada bulan Julan yang lalu bersama Geli Geli Ride Geng. Diadakan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September, projek ini mengambil masa selama sebulan untuk direalisasikan. Hasil perah otak antara ketua kembara bersama ahli-ahli Geli Geli Ride Geng, akhirnya kertas kerja serta surat permohonan dan sokongan dari Cyberjaya Recreation and Cycling Club (CRCC), JBPM serta pihak penajaan berjaya diperolehi. Berbekalkan masa selama 9 hari, 10 orang ahli telah bersetuju untuk menyertai kembara ini

Bagi makluman, kembara ini diadakan bertujuan untuk menghargai pasukan barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam usaha membendung penularan pandemik covid-19 selain meraikan sambutan Hari Malaysia. Pemilihan pasukan BOMBA sebagai pasukan barisan hadapan yang diraikan dalam kembara ini kerana pasukan Bomba merupakan tulang belakang dalam proses pencegahan covid-19 yang terlibat penuh dalam sanitasi awam bagi semua premis di Malaysia.

Kembara ini telah menerima penajaan Ika Houseware Supermart berbentuk pelitup mulut untuk diberikan kepada semua balai yang dilawati memandangkan pasukan Bomba amat memerlukan pelitup mulut untuk setiap tugasan. Manakala Prima Avenue Cyberjaya pula menaja bendera Malaysia dan bendera negeri untuk diserahkan kepada setiap balai yang dilawati. Disamping menghargai pasukan barisan hadapan, kembara ini turut disertai orang awam (ride kembara) untuk lebih mengenali pegawai dan anggota bomba di setiap negeri selain mengenali kepelbagaian budaya dan makanan serta menghayati suasana jalan kampung di setiap negeri yang jarang dilalui.

Para peserta kembara adalah;
1. Izman Adnan
2. Fazly Bin Mahamud
3. Mohd Mudzammir Bin Mahamud
4. Hafiz Ahmad
5. Muhammad Yusri Yusof
6. Hassan Basri Che Ros
7. Mohd Latif Selamat
8. Muhammad Firdaus Abdul Rani
9. Muhammad Helmi Nik Aziz
10. Harpiszziy Shaharuddin
11. Muhammad Nur Ammar Mohd Raub
12. Ahmad Khairi Ahmad Khir
13. Muhammad Azlan Mohd Nor
14. Rosnizam Haron

Persediaan Sebelum Kembara
Pada 6 September (Ahad), team kembara mengunjungi AGS Auto Part iaitu tempat setiap peserta membuat servis motor agar motor sentiasa dalam keadaan baik dan sesuai untuk bergerak jauh. Penyelengaraan motor team kembara seperti minyak hitam dan penapis minyak ini ditaja oleh AGS Auto Part yang berpusat di Bandar Baru Salak Tinggi (bersebelahan IKBTN Sepang)

Hari Pertama
Berkumpul di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya pada jam 7.00 pagi untuk penyediaan terakhir sebelum acara pelepasan yang disempurnakan oleh YS Pengarah JBPM negeri Selangor PKPjB, Hj Norazam Khamis bersama Presiden CRCC, Encik Ahmad Nizam Mohd Esman. Sebelum pelepasan bermula, satu acara penyerahan plak penghargaan, bendera Malaysia, bendera negeri Selangor serta bekalan pelitup mulut tajaan Ika Houseware Supermart kepada Ketua Balai BBP Cyberjaya, YS Pengarah JBPM negeri Selangor serta Presiden CRCC.

Tepat jam 8.00 pagi, para peserta dilepaskan dari BBP Cyberjaya menuju lokasi pertama iaitu BBP Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kembara tiba di BBP Teluk Kemang pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh Ketua Balai, PPgB Mohd Kamal Bin Mohd Timar bersama anggota balai berkenaan. Para peserta dihidangkan jamuan ringan sebelum acara penyerahan plak penghargaan, bendera Malaysia, bendera negeri beserta pelitup mulut.

Seterusnya, kembara bergerak ke BBP Ayer Keroh, Melaka. Dalam perjalanan ke Melaka, kembara singgah di gerai makan seri pantai Mak Jah di Pangkalan Balak. Pada jam 1 tengah hari, kembara tiba di BBP Ayer Keroh dan disambut oleh Ketua Zon Melaka Tengah, PgKB I Mohd Khairul Nizam Mohamad Anuar bersama Ketua Balai BBP Ayer Keroh, PKPgB Mohamad Hamdan Sudin. Para peserta dihidangkan makan tengah hari dengan menu Ayam Penyet sebelum acara penyerahan plak penghargaan, bendera Malaysia, bendera negeri serta pelitup mulut.

Para peserta bersolat zohor sebelum memulakan perjalanan ke lokasi terakhir hari pertama iaitu Pasir Gudang, Johor pada jam 2.30 petang. Kembara tiba di Pasir Gudang pada jam 8.00 malam dan mendaftar masuk di Hotel Masai Utama yang berdekatan dengan lokasi balai bomba. Cuaca pada hari pertama bermula dengan baik sebelum hujan renyai-renyai pada sebelah petang. Jarak keseluruhan untuk hari pertama kembara adalah 408.2 km, jarak harian terpanjang untuk kembara ini.

Hari Kedua
Para peserta berkumpul pada jam 7.00 pagi di perkarangan BBP Pasir Gudang. Ketibaan kembara disambut oleh TPgB Ibrahim Omar Bersama anggota balai. Para peserta dihidangkan makan pagi sebelum acara penyerahan plak penghargaan, bendera Malaysia, bendera negeri Johor berserta pelitup mulut.

Pelepasan dibuat oleh Ketua Balai pada jam 8.00 pagi dan kembara bergerak pula ke Pekan (Pahang) untuk ke balai bomba seterusnya. Kembara singgah di Mersing Johor untuk menjamu selera sebelum meneruskan perjalanan. Cuaca pada hari kedua bermula dengan baik pada sebelah pagi dan hujan lebat pada sebelah petang. Para peserta bermalam di Corridor Hotel di Peramu (Pahang). Jarak keseluruhan untuk hari kedua kembara kami adalah 323.8 km.

Hari Ketiga
Bermula di Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, para peserta disambut baik oleh Penyelia Balai, PBKII Mohd Hazizi Shahi, PBKII Mohd Hairuddin Shahi dan PB Mohd Zulkanain Abdul Rapar bersama anggota balai. Para peserta dihidangkan makan pagi sebelum acara penyerahan plak penghargaan, bendera Malaysia, bendera negeri dan pelitup mulut.

Pelepasan dimulakan pada jam 8.00 pagi ke lokasi seterusnya iaitu negeri Terengganu. Kembara singgah di Cherating untuk mendapatkan cenderamata kenang-kenangan serta Rantau Abang untuk berehat sambil menikmati air kelapa sebelum meneruskan perjalanan. Kembara tiba di Kuala Terengganu dalam keadaan basah kuyup kerana hujan lebat bermula dari Marang hingga ke Kuala Terengganu. Kembara terus ke Homestay Trisya, daerah Losong untuk berehat dan membasuh baju yang basah. Selesai mandi dan membasuh baju, para peserta menikmati makan malam di Restoran Citi Seafood yang berdekatan dengan penginapan. Jarak keseluruhan perjalanan untuk hari ketiga ini adalah 281 km.

Hari Keempat
Tepat jam 7.00 pagi, kembara daftar keluar dari Homestay Trisya dan menuju ke Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu untuk pelepasan seterusnya. Para peserta disambut oleh YS Pengarah JBPM Terengganu, PPjB Md Hilman Abd Rashid bersama Timbalan Pengarah serta pegawai kanan yang lain. Para peserta dijamu makan pagi yang terbaik iaitu nasi dagang atas tol (menu popular di kalangan orang ramai yang berkunjung ke Terengganu).

Acara seterusnya adalah penyerahan pelitup mulut, plak penghargaan, bendera Malaysia dan bendera negeri disampaikan oleh Ketua kembara kepada YS Pengarah JBPM Negeri Terengganu. Kembara juga menerima plak daripada JBPM Negeri Terengganu yang disampaikan sendiri oleh YS Pengarah. Pelepasan dimulakan pada jam 8.30 pagi oleh YS Pengarah Bersama-sama pegawai kanan yang lain.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan, para peserta singgah sebentar di Pasar Payang untuk membeli cenderamata sebagai tanda kenangan dan sempat bergambar di jambatan angkat Terengganu yang menjadi mercu tanda negeri Terengganu. Para peserta juga singgah di Penarik untuk menikmati makanan laut celup tepung sambil berehat. Perjalanan diteruskan ke Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Kelantan di mana Ketua Balai PPgB Shapawi Stapa bersama anggota balai telah menunggu. Para peserta dijamukan dengan makan petang sebelum acara penyerahan pelitup mulut, plak penghargaan, bendera Malaysia dan bendera negeri diadakan.

Kembara berlepas dari BBP Pasir Mas pada jam 2.00 petang untuk ke destinasi terakhir, pekan Gerik (Perak). Para peserta singgah di Rantau Panjang untuk membeli-belah sebelum meneruskan perjalanan. Tiba di RnR Banjaran Titiwangsa pada jam 6.00 petang dan berehat sebentar sambil bergambar kenangan. Seterusnya, kembara singgah di Pelabuhan rumah bot Tasik Banding (Royal Belum) untuk bergambar kenang-kenangan.

Tiba di Pekan Gerik pada jam 8.30 malam. Sebelum mendaftar masuk di Gerik Homestay, menjamu selera di gerai makan Stesen Bas Gerik dan membaiki motosikal di Ah Kong Kwk Enterprise. Cuaca menyebelahi kembara kerana sepanjang perjalanan, cuaca mendung dan hujan renyai. Jarak keseluruhan untuk hari keempat kembara ini adalah 388.2km
Hari Kelima
Permulaan hari kelima disambut hujan renyai di awal pagi. Setelah semua peserta bersiap sedia, kembara diteruskan menuju ke Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Perak untuk acara pelepasan seterusnya. Para peserta disambut oleh semua anggota BBP Gerik bersama-sama Ketua Balai, PPgB Azizul Aswad Asaris. Kembara dihidangkan makan pagi nasi lemak dan kuih muih. Acara seterusnya adalah penyerahan pelitup muka, plak penghargaan, bendera Malaysia dan bendera negeri serta pelepasan peserta kembara pada jam 8.00 pagi.

Kembara diteruskan ke Kangar, Perlis untuk perhentian seterusnya iaitu Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis. Perjalanan hari ini terpaksa diubah laluan kerana situasi di negeri Kedah ekoran beberapa daerah yang ditutup kerana pandemik covid-19. Kembara memilih laluan baru ke Kangar dengan melalui Kupang – Kuala Nerang – Changlun – Kangar. Para peserta selamat tiba di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis pada pukul 1.00 petang dan disambut oleh YS Pengarah JBPM Negeri Perlis iaitu PgKB I Ruhisha Haris bersama pegawai kanannya. Seterusnya, kembara dihidangkan nasi minyak, ayam masak merah berserta acar buah sebagai hidangan makan tengah hari. Acara seterusnya adalah penyerahan pelitup mulut, plak penghargaan, bendera Malaysia dan bendera negeri disampaikan oleh Ketua kembara kepada YS Pengarah JBPM Negeri Perlis.’

Tepat jam 2.00 petang, kembara dilepaskan oleh YS Pengarah JBPM Negeri Perlis untuk ke destinasi seterusnya iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Kedah. Tiba di BBP Sungai Petani lebih kurang jam 5.00 petang. Ketibaan kembara disambut TPgB Ismail Hj Mohd Zain bersama anggota balai yang lain. Di BBP Sungai Petani, para peserta diberi kebenaran untuk melihat aset-aset bomba dengan lebih dekat. Kemudian, para peserta dihidangkan minum petang yang dimasak sendiri oleh anggota bomba balai ini. Seterusnya, kembara menyerahan pelitup mulut, plak penghargaan, bendera Malaysia dan bendera negeri kepada Ketua Balai BBP Sungai Petani.

Tepat jam 6.00 petang peserta kembara bergerak menuju destinasi seterusnya iaitu Perai. Team Kembara terus menuju ke Homestay Pak Long Siakap untuk berehat. Pada malam harinya Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Perai TPgB Azrul Khairi Abu Bakar telah meraikan peserta kembara untuk merasai makanan popular di Pulau Penang iaitu “Char Kuey Teow”. Team kembara telah di bawa ke kedai Char Kuey Teow Harimau Menangis, di Permatang Pauh. Jarak keseluruhan untuk hari ke lima kembara kami ini adalah 388.8km.

Hari Keenam
Sekali lagi permulaan hari disambut dengan hujan renyai di awal pagi. Setelah semua peserta bersiap sedia, kembara diteruskan ke Balai Bomba dan Penyelamat Perai. Kehadiran kembara disambut oleh Ketua balai iaitu TPgB Azrul Khairi Abu Bakar bersama anggota balai yang lain. Para peserta dihidangkan Nasi Lemak berserta sandwich sebagai hidangan minum pagi. Selesai bersarapan, acara seterusnya adalah penyampaian plak penghargaan, bendera Malaysia, bendera negeri Pulau Pinang beserta Pelitup mulut oleh ketua kembara kepada Ketua Balai. Pelepasan dibuat oleh Ketua Balai pada jam 8.30 pagi dan kembara diteruskan ke Kuala Selangor. Sewaktu perjalanan, para peserta sempat singgah di kampung Ketua Kembara di Taiping, Perak dan dihidangkan bayam Brazil goreng yang dimasak sendiri oleh ibu ketua kembara.

Seterusnya, kembara singgah ke Lumut (Perak) untuk makan tengah hari dan mengambil gambar kenangan. Setelah selesai, kembara meneruskan perjalanan ke Kuala Selangor melalui Seri Manjung, Lekir, Teluk Intan, Bagan Datok, Hutan Melintang, Sabak Bernam, dan Sungai Besar (melalui jalan belakang “Ban Kenal”). Kembara sempat singgah di Warung Pisang Goreng Tebuk Pulai, Sabak Bernam untuk merasai kuih tempatan seperti kuih kemboja, ubi getuk dan Punten Nasi Sambal Bilis.

Team kembara seterusnya melalui laluan tepi sawah untuk menikmati pemandangan sawah padi sehinggalah ke Kuala Selangor. Team kembara selamat tiba di Kuala Selangor lebih kurang jam 8.00 malam. Sebelum mendaftar masuk ke Homestay, kami singgah makan malam di Restoran Sri Kassim, Kuala Selangor. Antara menu istimewa restoran ini adalah Nasi Goreng Sate. Selesai makan malam kami bergerak ke Homestay. Jumlah jarak perjalanan untuk hari ke enam adalah 344.9 km.

Hari Ketujuh
Tepat jam 7.00 pagi, para peserta mendaftar keluar dari Homestay dan menuju ke Balai Bomba Penyelamat Kuala Selangor. Hari Ini adalah hari terakhir Kembara Peninsular Bike Trips 2020. Cuaca amat baik. Setibanya di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, kembara disambut Ketua Balai, PPgB Ismail Zakariya bersama anggota pasukannya. Seterusnya, para peserta dihidangkan mee goreng dan kuih-muih sebagai hidangan sarapan pagi. Setelah bersarapan, acara seterusnya adalah penyampaian plak penghargaan, bendera Malaysia, bendera negeri Selangor beserta pelitup mulut oleh ketua kembara kepada Ketua Balai.

Kembara dilepaskan oleh Ketua Balai tepat jam 8.30 pagi menuju ke destinasi seterusnya, Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kembara tiba di BBP Jalan Hang Tuah tepat jam 10.30 pagi. Kehadiran para peserta disambut meriah oleh angota bomba balai berserta ketua balai, TPgB Rodzlan Othman. Ketua kembara seterusnya menyampaikan plak penghargaan, bendera Malaysia, Bendera Wilayah Persekutuan kepada Ketua Balai BBP Jalan Hang Tuah.

Tepat jam 11.00 pagi kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi terakhir kembara kami iaitu Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat W.P Putrajaya. Sebelum sampai ke JBPM Putrajaya peserta kembara sempat singgah mengambil gambar kenangan di sekitar Putrajaya. Kembara tiba ke destinasi terakhir JBPM Putrajaya tepat jam 12.30 tengah hari dan disambut oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat W.P Putrajaya, TPgB Che Shari Abdullah bersama anggota balai. Para peserta telah menerima cenderamata dari Ketua Balai iaitu Alat Pemadam Api sebagai tanda kenangan. Seperti biasa, acara penyerahan plak penghargaan, pelitup mulut, bendera Malaysia dan bendera negeri dibuat oleh Presiden Kelab CRCC (Cyberjaya Recreation and Cycling Club) iaitu Encik Ahmad Nizam Mohd Esman kepada ketua balai.

Akhir sekali sesi bergambar beramai-ramai serta gambar secara individu yang terlibat dalam kembara ini dilakukan di hadapan balai bomba dan penyelamat Putrajaya. Jarak hari ke tujuh kembara ini adalah 119.8km dan jumlah keseluruhan jarak untuk kembara “Peninsular Bike Trips 2020” adalah 2254.7 km.

Alhamdulillah, para peserta kembara berjaya melengkapkan kembara bermotor selama 7 hari ke 12 buah negeri dan 14 buah balai bomba di seluruh Semenanjung Malaysia bermula pada 10 September 2020 dan berakhir pada sambutan Hari Malaysia, 16 September 2020. Berbekalkan niat dan tujuan asal, kembara berjaya mengharungi setiap rintangan dan cabaran di sepanjang perjalanan dengan mudah.

Terima kasih kepada YS Pengarah Bomba Negeri, Ketua Balai, para penaja serta rakan-rakan yang sempat bertemu di sepanjang jalan sekali gus memudahkan lagi kembara ini. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik semua. Setiap perjalanan dimulakan dengan langkah pertama. Jika diizinkan Allah, kembara ini akan diteruskan di masa akan datang dengan membawa tujuan yang sama.

 

Previous Post

Penunggang Motor Kena Sekolah Dengan Polis

Next Post

Pemandu Ford Langgar Penunggang Motosikal, Cuba Lari Tapi Gagal!

Next Post

Pemandu Ford Langgar Penunggang Motosikal, Cuba Lari Tapi Gagal!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved