Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Penghargaan Kepada Ahli-Ahli Kelab, Masih Kekal Aktif Dalam Dunia Permotoran

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-02-03
in BULETIN, UTAMA
0

Selama tiga hari bermula dari 7 hingga 9 Januari lalu, Club Antique Motor Kulim bersama Kapcai 2 Beradik telah mengadakan satu konvoi Jelajah Pulau Langkawi di Kedah. Program tiga hari dan dua malam ini menyaksikan semua peserta selamat pergi dan pulang walau ada banyak masalah jentera melibatkan dua dan tiga motor dalam perjalanan pulang.

Benar bak pepatah mengatakan, jauh perjalanan luas pemandangan. Program konvoi ini berjaya mengurangkan tekanan dan dalam masa yang sama menambahkan lagi pengalaman. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada para penaja yang sudi menaja program ini seperti syarikat Kak Sal Sardin, Koyoko Sales dan Keith Cruiser Helmets.

Buat pertama kalinya, program konvoi anjuran Club Antique Motor Kulim disertai seramai 25 ahli yang datang dari sekitar Kuala Lumpur (3 ahli), Perak (2 ahli Kapcai Dua Beradik), Pulau Pinang (3 ahli) dan dari Kulim, Kedah (17 ahli). Tujuan utama konvoi ke Pulau Langkawi adalah demi membuktikan tanda terima kasih kepada diri sendiri serta ahli-ahli CAMK kerana masih kekal aktif dalam dunia permotoran.

Hari Pertama (7 Januari 2022)
Bergerak dari Kulim ke Kuala Perlis dengan bergaya bersama jentera masing-masing yang berjenama Honda C70, lampu bulat dan lampu petak menerusi lebuh raya Sungai Petani menuju Kuala Perlis. Dalam perjalanan, banyak kenderaan di lebuh raya memintas dan ada yang memberi sokongan dengan memberi hon. Dari Kuala Perlis pula, para peserta menaiki feri Roro menuju Pulau Langkawi. Jarak perjalanan atas feri Roro mengambil masa selama hampir 3 jam lebih. Setiba di Kompleks Dermaga Tanjung Lembung, Bukit Malut, para peserta terus ke Homestay di Pantai Chenang. Pada malam tersebut acara bebas diadakan untuk semua peserta.

Hari Kedua (8 Januari 2022)
Seawal jam 8.00 pagi, perjalanan konvoi jelajah Pulau Langkawi dimulakan. Alhamdulillah, ada sahabat berkongsi hobi dan minat sama di sana yang membawa para peserta mengelilingi pulau tersebut. Sahabat-sahabat dari Langkawi tersebut ialah Encik Muhammad Noor Iman Bin Hassanuddin dan Encik Ahmad Fauzey Bin Ashaary. Para peserta konvoi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian mereka yang sudi membantu. Seharian program jelajah Pulau Langkawi dan banyak tempat dapat dilawati seperti tempat pelancongan di sana. Di waktu malam pula, acara diteruskan dengan aktiviti bebas di sekitar Pantai Chenang, Langkawi.

Hari Ketiga (9 Januari 2022)
Tepat jam 7.30 pagi, para peserta mula meninggalkan homestay di perkampungan Pantai Chenang terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk program penyerahan cenderahati dari Club Antique Motor Kulim untuk Ketua Polis Daerah Langkawi, Assisten Komisioner Tuan Shariman Ashari. Alhamdulillah segala perancangan dipermudahkan. Sebelum berlepas ke Semenanjung Tanah besar, para peserta sempat makan pagi dan membeli-belah buat kali terakhir dan pada jam 12.30 tengahari.

Setibanya di Kuala Perlis, para peserta seramai 25 orang terus ke kedai Kak Su Laksa Beras. Selepas semuanya selesai, para peserta bergerak menuju lebuh raya menghala ke Kulim. Alhamdulillah, semua 25 ahli yang berkonvoi selamat sampai ke rumah masing-masing.

Tidak lupa juga kepada semua sahabat yang sentiasa mendoakan program ini dipermudahkan dari awal hingga ke akhir. Terima kasih juga kepada Tuan Pengerusi Club Club Antique Motor Kulim, Encik Abdul Razak Bin Buhari (Jaq Kapcai) dan semua AJK program yang bertugas menjalankan tugas dengan begitu cemerlang sekali.

Jangan lupa layari Facebook Club Antique Motor Kulim untuk mengikuti lebih banyak aktiviti yang diadakan.

Perkongsian : Razak Chyenne

 

Previous Post

Muhammad Shah Putra Sedia Tawan Lebih Banyak Perlumbaan

Next Post

Ditawarkan Dalam Dua Versi, ABS dan Tanpa-ABS

Next Post

Ditawarkan Dalam Dua Versi, ABS dan Tanpa-ABS

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved