Pelumba motosikal cilik, Muhammad Shah Putra Bin Norshahrizan baru sahaja berusia 11 tahun. Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, si cilik ini menyertai perlumbaan di kejohanan SIC Ohvale Junior Championship sejak dari tahun 2020 dengan menunggang jentera MiniGP 110cc. Pada tahun 2021, Shah Putra berjaya menempatkan diri di tempat ketiga untuk kedudukan keseluruhan SIC Ohvale Junior Championship.
Bagi tahun 2022, Shah Putra akan berlumba dalam kategori FIM MiniGP Malaysia Series dan akan menunggang jentera MiniGP 160cc. Perlumbaan dijadualkan bakal berlangsung selepas hari raya puasa, namun Shah Putra sudah giat menjalani sesi latihan motor di litar dan sesi latihan kecergasan bersama KW Motorsport Racing Academy sebagai persiapan.
Di bawah bimbingan ZK Racing ini, sekiranya Shah Putra mampu menempatkan diri dalam 3 terbaik untuk kedudukan keseluruhan, beliau akan diberi peluang berlumba di kejohanan akhir FIM MiniGP World Series. Perlumbaan ini bakal berlangsung di litar Valencia Sepanyol yang ditaja penuh oleh SIC.
Bagi makluman, Shah Putra telah mula berlumba seawal usia 8 tahun dan mendapat sokongan penuh dari keluarga.
Profil Pelumba:
2017 (07 thn) – Kejohanan Minibike
2018 (08 thn) – Kejohanan Minibike
2019 (09 thn) – Kejohanan Mini Cub Prix
2020 (10 thn) – Kejohanan MiniGP
2021 (11 thn) – Kejohanan SIC Ohvale Championchip
2022 (12 thn) – FIM MiniGP Malaysia Series
Pelumba cilik ini berpeluang berkongsi pengalaman dalam perlumbaan motor di awal penglibatannya hingga kini. Beliau mendapat perhatian penuh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan YB Mohamad Taufek Abd Ghani selaku Exco Pembangunan Belia & Sukan Negeri Sembilan dalam satu program permotoran KW Autoshow Karnival Sukan Tabah yang berlangsung pada 23 Januari 2022 di perkarangan Stadium Paroi Seremban N9 yang lalu.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pengurus program Rizalman Bin Mohammed 012 – 200 7958.