Lebih 250 buah motosikal Vario berjaya dihimpunkan sempena penganjuran program yang julung kali diadakan khusus untuk para pemilik motosikal Honda Vario. Dianjurkan Kelab Sahabat Pemilik Vario Pulau Pinang, program Utara Attack 1.0 ini diadakan pada 1 Jun 2024 di Esport Youth Cabin di Bertam Kepala Batas.
Suasana berwarna-warni mengisi setiap ruang program dengan penyertaan para pemilik motosikal Honda Vario yang terdiri daripada kapasiti 125cc, 150cc dan 160cc. Kebanyakannya hadir bersama kelab Vario masingmasing yang datang dari seluruh Malaysia.
Program bertambah meriah lagi dengan kehadiran Penolong Pengarah Rawatan dan Pemulikan AADK Pulau Pinang, YBrs Puan Lalithawathy A/P Kunaseelan sekali gus merasmikan program ini, mewakili YBrs Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang.
Penganjuran kali pertama ini turut mendapat kerjasama SKUAD Antidadah Daerah Seberang Perai Utara dengan sokongan AADK Daerah Seberang Perai Utara. Tidak ketinggalan, majalah Roadstar, Koyoko, Ipone, Estremo, Techpulley, Hang Peng Motorsport, KBG Motorsport, Totachi dan Wan Motorsport.
Diikuti KNR Motor Garage, House Of Scooter, OKD High Performance, CKT Motor, Abg Tanjung Garage Motorsport, Shah Brotherzzz Motorpart & Accessories, Mie Doragon dan juga Cikdin Garage. Dengan
sokongan barisan penaja ini, memastikan program berjalan lancar seperti yang dirancang.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung antaranya seperti Pameran Motorshow, Bike Gathering, Lepak Santai, Game Show, Gerai Pameran dan jualan merchandise, Kuiz Antidadah dan Pendaftaran Keahlian SKUAD Antidadah.
Program bertambah meriah dengan acara Pertandingan Kerusi Berirama, Pertandingan Motosikal Lambat, Cabutan Bertuah dan Sesi 60 Minit Bersama SKUAD Antidadah. Tahniah kepada pihak penganjur yang berusaha memastikan penganjuran kali pertama ini berlangsung dengan cukup meriah. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.