Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Aksi Mendebarkan Di Motegi Jepun!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-06-12
in BULETIN, UTAMA
0

Hujung minggu lalu telah berlangsungnya satu lagi pusingan yang penuh mendebarkan sempena Kejohanan Motosikal Asia pusingan ketiga yang bertempat di Mobility Resort Motegi, di Jepun. Sebagaimana biasa, kategori Asia Superbike 1000cc menjadi tumpuan dengan aksi-aksi mendebarkan penuh drama.

Pusingan ini menyaksikan kebangkitan semula pelumba SDG Team HARC-PRO Honda Ph, Yuki Kunii sekali gus mencatatkan kemenangan pertama di negara asalnya. Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan, Sho mendahului para pelumba lain yang diikuti rapat oleh Yuki dan memberikan saingan sengit sehinggalah berjaya merampas kedudukan.

Mengekori rapat dari belakang pula ialah pelumba kebanggaan Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah yang mewakili pasukan JDT Racing Team dan diikuti oleh Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan TKKR BMW Racing Team.

Kedudukan para pelumba bertahan seketika sehinggalah Sho mengalami kemalangan di pusingan ke 7, sekali gus terkeluar dari cabaran. Ketika ini, Hafizh menduduki tempat ke dua diikuti Azlan dan juga Andi. Yuki mendahului perlumbaan dan mengekalkan kelajuannya, meninggalkan Hafizh di tempat kedua hanya 5 saat di belakangnya.

Di pusingan terakhir, Yuki mengekalkan tempo dan berjaya menguasai podium dengan catatan masa 24’03:081s. Di tempat kedua dimenangi Hafizh yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 24’08:208s. Manakala Nakarin menamatkan cabaran dengan catatan masa 24’13:578s.

Sinaran Kengo Menyerlah di Motegi

Kemenangan yang tidak disangka-sangka, apatah lagi apabila bertaruh sebagai pelumba wild card dari peserta Jepun. Kengo Nagao yang mewakili pasukan TEAM KENKEN berjaya menguasai podium untuk kategori SuperSport 600cc.

Semuanya bermula apabila Kengo mendahului para pelumba lain dan diikuti rapat oleh pasangan pelumba dari pasukan IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team iaitu Azroy Hakeem Anuar dan Muhammad Helmi Azman, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Di pusingan ketujuh, menyaksikan pergerakan ganas dari pelumba YAMAHA TEKHNE Racing Team, Apiwath Wongthananon yang berjaya memintas sehingga menawan posisi ketiga dan menyasarkan untuk menyingkir Azroy di tempat kedua.

Kengo pula dalam masa yang sama, mengekalkan poisisnya di tempat pertama, dan hanya 5 saat memisahkan beliau dengan pelumba di posisi kedua dan juga ketiga. Di pusingan terakhir, persaingan bertambah sengit di antara Azroy, Apiwath dan Mohammad Adenanta Putra yang mewakili pasukan ASTRA HONDA RACING TEAM untuk merebut kedudukan kedua.

Namun, perlumbaan berakhir dengan Kengo menamatkan perlumbaan dengan catatan masa22’54:596s, diikuti Apiwath yang berjaya memintas Azroy untuk muncul juara dengan catatan masa 22’59:080s. Azroy pula menamatkan persaingan di tempat ketiga dengan masa 22’59:235s.

Akid Mendaki Puncak
Tidak kurang aksi mendebarkan sepanjang perlumbaan kategori Underbone 150cc yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada pelumba PitsBike OneWay JRT Tech2 Racing Team, Md Akid Aziz. Sebaik sahaja bermula, kedudukan pelumba yang mendahului perlumbaan kerap berubah.

Ada masanya perlumbaan didahului oleh M. Murobbil Vittoni,, pelumba dari Yamaha LFN HP969 Indonesia Racing Team, kemudian Farres Putra Mohd Fadhill dari pasukan Cardinals Factory Racing Team. Diikuti Akid, Nazirul Izzat Md Bahauddin yang kedua-duanya pelumba UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team.

Di pusingan ketujuh, Akid mengambil peluang untuk mendahului perlumbaan dan diikuti rapat oleh Adytya bersama rakan sepasukannya, Ahmad Afif Amran. Di pusingan terakhir, yang mana perlumbaan semakin sengit tetapi Akid berjaya mengekalkan posisinya di kedudukan pertama.

Beliau memecut sehingga ke garisan penamat dengan catatan masa 18’31:718s seterusnya muncul juara. Di tempat kedua pula disandang oleh Adytya dengan catatan masa 18’31:764s. Manakala di tempat ketiga dimenangi seorang lagi pelumba kelahiran Malaysia, Nazirul dengan catatan masa 18’32:573s.

Kedudukan 3 Terpantas
ASB1000
1. Yuki Kunii – SDG Team HARC―PRO Honda Ph. (24’03:081s)
2. Hafizh Syahrin Abdullah – JDT RACING TEAM (24’08:208s)
3. Nakarin Atiratphuvapat – Honda Asia-Dream Racing with Astemo (24’13:578s)

SS600
1. Kengo Nagao – TEAM KENKEN (22’54:596s)
2. Apiwath Wongthananon – YAMAHA TEKHNE Racing Team Asia (22’59:080s)
3. Azroy Hakeem Anuar – IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team (22’59:235s)

UB150
1. Md Akid Aziz – PitsBike OneWay JRT Tech2 Racing Team (18’31:718s)
2. Adytya Fauzi – RACETECH SIXTY Racing Team (18’31:764s)
3. Nazirul Izzat Md Bahauddin – UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team (18’32:573s)

Previous Post

Penganjuran Pertama, Berlangsung Meriah!

Next Post

Makan-makan, Cuci-Cuci Mata!

Next Post

Makan-makan, Cuci-Cuci Mata!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved