Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Penantian Sekian Lama Maxsym TL 500 Bakal Berakhir Tidak Lama Lagi

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-11-27
in BULETIN, UTAMA
0

Sempena pelancaran digital SYM Global baru-baru ini dengan tema ‘Limitless’ yang menjangkaui imaginasi, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. dan SYM Taiwan telah bersetuju untuk memperkenalkan dua model skuter baharu iaitu, Jet X 150 dan Jet 4 RX di pasaran Malaysia.

Jet X 150 yang merupakan tunjang utama untuk JET Series, akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2021, dan hasil evolusi skuter klasik SYM, Jet 4 RX pada suku kedua tahun yang sama. Jet X 150 ini mempunyai spesifikasi unik seperti sistem penghidupan enjin tanpa kunci, janaan kuasa enjin 149.6cc, tangki bahan bakar 7.5 liter, dan meter digital LCD.

Buat masa ini, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Produk sedang melakukan ujian ketahanan dan seterusnya akan membuat proses kelulusan (VTA) dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Skuter ini juga dilengkapi dengan empat pilihan warna yang menarik yang akan diumumkan semasa pelancarannya tahun depan.

Sementara itu, Jet 4 RX adalah model dengan enjin 124.6cc yang pasti mencuri perhatian kerana penggunaan dual rear suspension, dilengkapi dengan layar LCD dan pengecas USB Quick Charge 2.0 yang jauh lebih pantas daripada USB biasa. Ia juga mempunyai Anti-Lift Engine Hanger System(ALEH) yang berfungsi untuk pembahagian sama rata dengan berat enjin untuk penunggangan yang selesa.Tidak dilupakan adalah skuter maxi generasi terbaru SYM, Maxsym TL 500 yang merangkumi pengendalian motosikal luar biasa serta memiliki kemudahan yang sempurna.

Sememangnya ini merupakan skuter yang dinanti-nantikan sejak pelancarannya pada Mei yang lalu kerana seni reka dan bentuk yang menarik. Kini, penantian berakhir apabila Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., Encik Asri Ahmad mengumumkan bahawa Maxsym TL 500 akan mula diedarkan ke semua pengedar sah pada penghujung bulan Disember tahun ini. Skuter ini mempunyai pelbagai pilihan warna;“Matt Black”, “Matt Blue”, dan “Grey” dengan harga yang ditawarkan pada RM35,888.00 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Previous Post

Modifikasi Menelan Masa Selama 9 Bulan Dan Hasilnya Cukup Membanggakan!

Next Post

Motosikal Pertama Hasil Kolaborasi Ducati Dan Lamborghini

Next Post

Motosikal Pertama Hasil Kolaborasi Ducati Dan Lamborghini

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved