Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Modifikasi Menelan Masa Selama 9 Bulan Dan Hasilnya Cukup Membanggakan!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-11-25
in BULETIN, UTAMA
0

Lazimnya, musim sejuk merupakan masa yang sesuai untuk para pencinta dua roda untuk berehat dan menghabiskan masa terluang dengan perkara-perkara yang lebih santai. Bila sebut tentang musim sejuk, sudah pastinya bukan di Malaysia. Kisah ini adalah tentang peminat dua motor di Utah, Dalton Devore yang menggunakan masa sebaiknya dengan membuat kerja-kerja modifikasi ke atas motornya dan hasilnya, memang menakjubkan!

Bagi makluman, karya agung kerja tangan Dalton ini mengambil masa selama 9 bulan untuk disempurnakan. Motor yang asalnya dari sebuah Honda CB750K keluaran 1976 ini telah menjadi tempat untuk Dalton menterjemahkan kerja seninya dengan mengambil ilham dari motosikal British Norton keluaran tahun 1960-an. Beliau melakar dahulu rekaan yang diingininya di atas kerta sebelum memulakan kerja-kerja kreatifnya.

Matlamat utama yang bermain di mindanya adalah untuk mengahwinkan dua motor di antara gaya klasik British dan juga kehebatan mesin dari Japun. Mendapatkan casis dari motor yang dibeli tanpa enjin, Dalton berupaya mencari enjin serta semua asas lain yang diperlukan untuk menghidupkan motor idamannya. Selepas membersihkan rangka dan menambah custom cafe race tail loop, bentuk rangka motor ini mula kelihatan dan mirip cafe racer.

Seterusnya, Dalton berjaya mencari enjin penuh yang dibina semula untuk menyokong engkol dan strator HR CR750. Enjin yang digunakan ini mengeluarkan kuasa 836cc dengan injap spring, ported head dan cams yang telah dikemaskini bersama bahagian bawah yang telah dibina semula sepenuhnya. Lebih berkuasa berbanding sebelumnya.

Selesai membina bahagian yang sukar, Dalton beralih pula ke bahagian untuk mengemaskini dan mempercantikkan lagi aksesori untuk melengkapkan motor yang sudah pun kelihatan seperti motor yang baharu ini. Sebagai permulaan, beliau memuatkan Cognito Moto triple tree dan juga set kit penukaran ke atas motor ini agar tampil lebih sporty dan agresif. Semua bahagian elektrik telah dipasang semula dan diawasi oleh Motogadget M-unit dengan beberapa coretan dari jenama yang sama pada lampu isyarat dan gear penukar.

Apa yang menariknya, Dalton turut meletakkan pelana yang ditempah khas yang diperbuat dari tangan. Tempat duduk kulit-upholsteri ini diinspirasikan dari kerusi penggunting rambut untuk menyesuaikan dengan gaya motosikal ini. Pelik tapi menjadi!

Akhir sekali, tangki minyak Yamaha XS750 telah dimodifikasi dan dimuatkan ke atas kerangka CB750 ini. Disudahkan dengan layangan warna turquoise, emblem Honda yang dicatkan di atas tangki yang mirip logo Norton. Secara keseluruhannya, motor ini bukan sahaja kelihatan menakjubkan malah dari segi prestasinya juga cukup cemerlang. Modifikasi cafe racer Honda CB750K ini pastinya menjadi rujukan untuk beberapa musim mendatang. Setuju?

Sumbar : RideApart.com

Previous Post

Perlindungan Enjin Maksima

Next Post

Penantian Sekian Lama Maxsym TL 500 Bakal Berakhir Tidak Lama Lagi

Next Post

Penantian Sekian Lama Maxsym TL 500 Bakal Berakhir Tidak Lama Lagi

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved