Bertempat di aras 4 pusat beli-belah Central Square Sungai Petani telah berlangsungnya Thrift Attack anjuran Locker Que dan Kembara Live dengan kerjasama Central Square Sungai Petani. Diadakan pada 30 Januari, acara dimulakan pada pukul 1.00 tengah hari dan berlanjutan sehingga pukul 6.30 petang.
Pertandingan Motosikal Tercantik ini berjaya mencuri perhatian serta mendapat sambutan hangat. Dianggarkan seramai 50 orang pemilik motosikal telah mengambil perhatian yang rata-ratanya datang dari Kedah dan juga luar dari negeri Kedah. Pelbagai ragam motosikal dan kreativiti dapat dilihat yang pastinya memberikan ilham kepada para pengunjung.
Walaupun pihak penganjur hanya mempertandingkan satu kategori sahaja, ia tidak menjadi masalah atau mematahkan semangat para pengunjung yang hadir terutamanya para pemilik motosikal yang meminati dunia permotoran dua roda. Malah, kehadiran solo rider dan Duta Koyoko Malaysia, Kojeq memeriahkan lagi acara ini. Majlis penyampaian hadiah pula disempurnakan oleh En. Firdaus B Yusoff, Pengerusi Biro Armada Nasional.