Apakah alasan yang munasabah untuk menyimpan motosikal yang boleh dijadikan sebagai koleksi peribadi dalam sebuah kotak untuk bertahun-tahun lamanya? Mungkin, itu soalan yang bermain di minda terutamanya selepas melihat motosikal Honda Dream 50 keluaran tahun 1998 yang bakal dilelong tidak lama lagi.
Dalam peti ini tersimpan semua kebaikan serta sebuah peringatan satu-silinder yang sangat istimewa sempena ulang tahun Honda yang ke 50. Satu-satunya motosikal Jepun yang dijual hanya untuk dua tahun iaitu pada tahun 1997 dan 1998. Honda Dream 50 merupakan penghormatan kepada motosikal lumba Honda CR110 1962, sebuah motosikal 50cc 4-lejang tunggal. Pada ketika itu, Soichiro Honda bermati-matian menentang motosikal dua lejang.
Pada tahun 2022, Honda belajar dari pengalaman lampau dan berkembang dari masa ke semasa untuk peningkatan yang lebih baik. Oleh yang demikian, motor Dream 50 ini mempunyai pakej lengkap yang menggabungkan nostalgia bersama kerangka merah yang cantik serta ingatan, sejauh mana Honda kini setelah lima dekad berlalu.
Bagi makluman, Honda ini akan dibuka untuk lelongan menerusi laman web Artcurial pada 18 Mac, 2022 di acara Retromobile yag berlangsung di Paris, Perancis. Setakat ini, belum dapat dipastikan masih adakah lagi mana-mana motor Dream 50 yang baru dan tersimpan di dalam peti. Jikalau tiada, maknanya inilah satu-satunya motor yang tinggal dan seakan baru.
Sumber : Rideapart