Ekoran kejayaan penganjurannya, Retro Bike Week diumumkan sebagai salah satu acara tahunan serta platform untuk menghimpunkan belia dari seluruh negara. Diadakan di Stadium Rakan Muda, Kuala Pilah Negeri Sembilan, program sehari D’ Kuala Pilah Retro Bike Week yang berlangsung pada 17 Mei 2015 lalu telah menerima penyertaan sebanyak 2000 buah motosikal pelbagai kategori yang datang dari seluruh negara.
Dianjurkan oleh Kelab-kelab Belia Kebangsaan (MAYC) kawasan Kuala Pilah dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kuala Pilah, Kelab Rakan Kuala Pilah dan PBSD Kuala Pilah. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hassan bin Malek, Ahli Parlimen Kuala Pilah. Memeriahkan program adalah saudara Abd Latif Aziz, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah.
Walaupun diadakan hanya sehari, program berjaya dipadatkan dengan pelbagai aktiviti yang menghiburkan. Antaranya termasuklah gerai-gerai pameran, autoshow, jualan pasar karat barangan motosikal dan jualan oleh usahawan-usahawan belia.