Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Model Skuter ES125 Telah Tiba!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-02-02
in BULETIN, UTAMA
0

Jenama tempatan milik MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., WMoto kini ligat meningkatkan persaingan mereka dengan memperkenalkan skuter baru, ES125 setelah melancarkan “cruiser” V16 November lalu. Skuter berciri ringkas ini mempunyai dua edisi iaitu Standard dan Special Edition (SE) dan apa yang membezakan kedua edisi ini adalah warna.

Untuk edisi SE, ia mempunyai warna biru pirus yang menarik manakala terdapat tiga pilihan warna untuk ES125 Standard – merah, hitam dan kelabu. Harga cadangan jualan adalah sebanyak RM 4,888.00 untuk Special Edition dan RM4,588.00 untuk Standard tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. ES125 ini boleh didapati sekarang di semua pengedar WMoto yang sah di seluruh Malaysia.

ES125 memberi anda skuter dengan janaan enjin 4 lejang, penyejukan udara beserta silinder tunggal yang menggerakkan enjin 118.8 cc. Kuasa yang mampu dihasilkan adalah sebanyak 6.5Kw pada 7,500 rpm dan tork 9.5Nm apabila mencecah 6,000 rpm dengan transmisi CVT. Suspensi di bahagian hadapan dilengkapi dengan teleskopik dan penyerap hentakan di bahagian belakang.

ES125 juga memberi anda penyerap hentakan belakang dari jenama suspensi terkenal, Kayaba (KYB) untuk lebih selesa ketika menunggang di jalan yang tidak rata. Enjin ini turut dikuasakan oleh teknologi ECS (Environment Care System) untuk mesra alam yang penting dalam melindungi alam sekitar kita. Skuter ini beratnya cuma 95 kg untuk pengendalian mudah yang sesuai untuk perjalanan harian.

Oleh kerana beratnya yang ringan, kapasiti bahan api adalah sebanyak 3-liter yang cukup untuk perjalanan jarak pendek. Juga, ruang simpanan di bawah pelana memiliki keluasan 9 liter di mana anda boleh menyimpan barangan peribadi anda. Penunggang tidak perlu risau akan keselamatan barangan mereka semasa menunggang skuter ini.

Ia dilengkapi dengan port pengecasan USB di kokpit yang dapat mengecas telefon anda semasa dalam perjalanan beserta dua ruang yang boleh memuatkan dompet dan telefon bimbit anda. Cara untuk menghidupkan skuter ini cukup mudah. Anda boleh memilih untuk menggunakan kaedah penghidupan eletrik atau tendang. Untuk tujuan keselamatan, mempunyai lampu DRL (DRL) yang terang menjadikan anda selamat dalam apa jua situasi. Oleh itu, ES125 adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

Previous Post

Peluang Peminat Dua Roda Berhimpun Sambil Membantu Industri Permotoran Tempatan

Next Post

Misi Kemanusian Bantuan Banjir NVOG Bersama Gabungan NGO Utara

Next Post

Misi Kemanusian Bantuan Banjir NVOG Bersama Gabungan NGO Utara

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved