Tambahan terbaru dalam rangkaian tayar sport Michelin adalah Michelin Pilot Street 2 baru. Direka untuk skuter dan motosikal yang dipasang dengan roda bersaiz 10, 14, 16 dan 17 inci. Michelin merancang tayar baru yang memenuhi keperluan dari segi prestasi keselamatan, jangka hayat, penampilan dan kenikmatan menunggang. Sama ada dalam keadaan jalan basah atau kering, Michelin Pilot Street 2 membolehkan perjalanan selamat sepenuhnya.
Michelin Pilot Street 2 dibuat di Asia, berbekalkan pasaran Asia dan luar negara. Corak dan sebatiannya direka jurutera dari Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Michelin untuk memberikan prestasi yang diharapkan pengguna. Justeru, beberapa sistem teknologi digunakan:
• Alur circumferential depan tayar memastikan ketangkasan optimum. Digabungkan dengan alur bahu lanjutan yang progresif, ia memberikan prestasi tinggi di jalan raya yang basah.
• Alur pusat tayar belakang (atau tayar depan dan belakang bergantung kepada saiz) mengoptimumkan keupayaan pelepasan air, sementara pada masa yang sama memberikan cengkaman yang baik ke atas jalan kering bersama dengan panjang usia tayar tersebut.
Michelin Pilot Street 2 telah diuji di permukaan litar basah sejauh 1.2 kilometer, lebih cepat daripada pesaing utamanya. Tayar Michelin Pilot Street 2 kini boleh didapati di TYREPLUS dan semua peniaga sah Michelin di seluruh negara dalam 19 saiz. Harga Michelin Pilot Sport 2 akan diberitahu menjelang akhir bulan September.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.michelin.com.my.