Bercerita tentang motor, pasti ada sahaja pengalaman penunggang motosikal yang mengalami masalah enjin motor tidak dapat dihidupkan. Perkara pertama yang melintas dalam fikiran, puncanya tentu bateri. Ramai di kalangan pemilik dan penunggang motor yang kurang ambil peduli. Bila tidak boleh dihidupkan, masa itulah baru terfikir untuk memeriksa keadaan bateri.
Tidak, saya bukan nak bercerita tentang tips penjagaan motor atau cara memilih bateri yang tepat untuk motor anda tapi untuk berkongsi salah satu bateri motor yang menjimatkan dan tahan lama. Noker-BS Battery. Diedarkan oleh MKS Distributors (M) Sdn. Bhd., bateri yang dihasilkan dengan menggunakan gel silika dari Jerman ini boleh didapati dalam pelbagai model mengikut kesesuaian motor termasuk jenis, jenama dan model motor yang ada di pasaran.
Mudah dipasangkan hanya plug dan play, bateri ini dikatakan mampu bertahan lama dan menjimatkan tanpa sebarang kerja-kerja penyenggaraan. Kalau motor berhenti di tengah-tengah jalan dan enjin tidak boleh dihidupkan, anda boleh mencuba Noker-BS Battery ini.
Sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, hubungi;
MKS Distributors (M) Sdn Bhd
No.47 Jalan 5/KU6,
Kawasan Perindustrian Sg Puloh,
Kampung Batu Empat,
42100 Kapar,
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 03 – 3290 2867
Emel : mks_motor@hotmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/bikersacc.my/