Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pameran kenderaan terbesar di ASEAN, Malaysia Autoshow 2019 bermula hari ini

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-29
in BULETIN, UTAMA
0

Bertemakan “Mobility for All”, Malaysia Autoshow 2019 anjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), dilancarkan secara rasmi hari ini sekaligus menandakan permulaan pameran kenderaan tahunan terbesar di ASEAN.

Bertempat di Taman Eksposisi Agro Peladang Malaysia (MAEPS), Malaysia Autoshow ini diadakan dari 11 hingga 14 April. Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun. Dr. Mahathir Mohamad, pameran tahun ini meneruskan tradisi pameran kenderaan terbaharu di pasaran, serta mengetengahkan kemajuan teknologi, keselamatan dan keselesaan di dalam kenderaan terbaru, serta trend industri terkini, selaras dengan pergerakan dunia ke arah mobiliti terhubung.

Lebih daripada 32 OEM dan 170 pempamer dari 7 negara akan mengambil bahagian dalam pameran tahun ini. Dewan A terus membawa pameran kenderaan, terdiri daripada lebih 100 model kereta termasuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Pengunjung juga akan ditawarkan pakej istimewa dan diskaun eksklusif, serta pakej pembiayaan khas melalui rakan banknya di acara tersebut.

Buat pertama kalinya, “International Automodified” (IAM), sebuah komuniti gaya hidup automotif, akan menyertai pameran Malaysia Autoshow 2019 untuk mempamerkan kereta-kereta ubahsuai oleh peserta-peserta IAM. Penyertaan IAM dalam Autoshow tahun ini akan mewujudkan satu platform untuk membawa bersama satu komuniti peminat kereta yang mempunyai minat dalam bidang pengubahsuaian kenderaan.

Malaysia Autoshow terus memanfaatkan kawasan MAEPS yang luas, menjadikannya tapak pelbagai aktiviti menarik seperti trek pandu uji sepanjang 3km, “SUV test drive hill” dan program kesedaran keselamatan trak. Program MARii – CAR Care Week turut diadakan bagi para pengunjung membuat pemeriksaan kenderaan secara percuma.

Amati ekosistem industri automotif di “MARii Mobility Hall”
Pengunjung Malaysia Autoshow pada tahun ini berpeluang melalui suatu perjalanan yang mendalam, merangkumi keseluruhan rantaian nilai industry automotive di “MARii Mobility Narrative”.

Pameran ini bermula peringkat awal proses pembuatan kenderaan – dari penggayaan automotif, reka bentuk dan kejuruteraan automotif sehingga reka bentuk proses.

“MARii Mobility Narrative” diteruskan dengan pameran pelbagai teknologi dalam sektor pembuatan, lepas jualan dan mobiliti, dan berakhir dengan suatu gambaran visi masa depan ekosistem mobiliti Malaysia.

Visi ini – digambarkan menerusi pameran “Mobility Township”, membolehkan pengunjung mengalami keupayaan teknologi “pintar”, serta mendalami perubahan gaya hidup masa hadapan.

Alami teknologi robotik secara dekat, dibawa khas oleh Kinabalu Coders
Buat pertama kalinya, Malaysia Autoshow membawa pelbagai aktiviti berkaitan Robotik menerusi “Robot Combat Competition” dan “Maker’s Corner” – dianjurkan oleh Kinabalu Coders, sebuah komuniti berasaskan teknologi dari Sabah, menandakan keupayaan negeri tersebut dalam kelibatan mobiliti masa depan Malaysia.

Peserta “Robot Combat Competition” akan bersaing dalam satu siri pertandingan robotik, manakala para pengunjung Autoshow boleh mengambil bahagian di dalam “Maker’s Corner” untuk pengalaman membina robot mereka sendiri serta aplikasi pintar yang lain, melalui bimbingan jurulatih berpengalaman. Semua ini akan berlangsung di “MARii Activity Arena” yang terletak di dalam “MARii Mobility Hall”.

Siri aktiviti ini bakal menjadi platform yang menarik untuk semua pelawat mengalami teknologi yang berkaitan dengan robotik, IoT dan mobiliti masa depan melalui cara yang menyeronokkan dan menarik.

Para pengunjung Autoshow akan dijamu pelbagai acara berkaitan elektronik asas, “Machine Learning” serta pengaturcaraan yang kompleks.

Berikut merupakan beberapa aktiviti yang akan berlangsung:-

  • Pertandingan “Robot Combat”
  • “Self-driving Car and Hands-on Tutorial”
  • Sumo Robot 500
  • Bengkel Pengaturcaraan

“Malaysia Autoshow Activity Arena” akan berakhir secara rasmi pada 14 April, dengan Majlis Penyampaian Hadiah yang dirasmikan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan.

Aktiviti menarik lain di Malaysia Autoshow 2019 termasuk:

  • Safety Driving and Drift Demo
  • Drone Flying
  • PROTON Taxi Ride
  • Car Club Gathering
  • Cabutan bertuah dengan peluang memenangi sebuah Kia Picanto, Perodua Bezza atau Perodua Myvi (Tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Pertandingan “e-sports”
  • Malaysia Autonomous Vehicle Challenge (MAVEC’19), dianjurkan oleh SAE Malaysia dan InternationalIslamic University Malaysia (IIUM) di bawah naungan MARii
  • Kidnovate – aktiviti-aktiviti berasaskan STEM
  • Demonstrasi IPC-SLDN
  • Aneka “food truck”
  • Demonstrasi Brek Perodua A.S.A.
  • “Perodua Pre-Owned Vehicle” (POV)
  • Sudut Kerjaya

Previous Post

Batman Vs Kipidapman

Next Post

Bikers St. Nicholas Open Day - Ride For Sight, Bikers Support The Blind

Next Post

Bikers St. Nicholas Open Day - Ride For Sight, Bikers Support The Blind

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved