Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Batman Vs Kipidapman

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

Tular beberapa minggu lepas tentang plot Batman dan Ayahanda Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali dengan nama King Of Report. Atas bantuan beberapa orang rakan, kami berjaya menjejaki Batman Malaysia tersebut dan apa yang lebih menarik, kami berjaya menyatukan mereka.

Kedua-dua mereka punyai pengaruh tersendiri dan kedua-duanya terlibat dengan dunia motosikal. Justeru, kami ambil keputusan menjadikan mereka paparan khas. Mungkin anda selalu melihat kelibat Abdul Rani di kaca televisyen yang sering membuat laporan polis tetapi beliau juga kini adalah selebriti yang terkenal membawa nama pertubuhan MJMM.

Abdul Rani atau lebih mesra dengan panggilan “ayah” adalah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM). Beliau yang berasal dari Kajang kini berusia lebih 60 tahun dan memiliki dua orang isteri bersama 9 orang anak.

Bekas pesara angkatan tentera Malaysia ini juga sering tampil dengan imej pelik seperti Headphone Merah, Jam wajib pakai di dua belah tangan, baju tentera dengan rebet merah, wajib pakai spek mata hitam, cincin batu permata besar dan tongkat azimat serta seluar singkat. Bukan seluar pendek, tapi seluar panjang yang singkat!

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa ayahanda Rani juga meminati motosikal. Beliau kini menunggang motosikal Naza Cruise 650cc. Ia adalah sebuah motosikal cruiser dengan Enjin 4-lejang, DOHC, 8-injap 90 darjah, V-Twin 647cc penyejuk air Kuasa 74 BHP @ 9,000rpm Tork puncak 62.1Nm @ 7,500rpm.

Batman Malaysia
Dikenali dengan nama Batman Malaysia Dark Knight, tidak ramai yang dapat mengenali dengan lebih dekat siapa di sebalik kostum adiwira tersebut. Masih tidak mahu dikenali ramai, Batman ini sebenarnya seorang penghibur yang juga merupakan Penasihat Kelab Motor Naza N5 & N5R Malaysia (N5VERS Racing Team) Motosikal Batman Malaysia.

Motosikal pelik yang anda lihat ini asalnya dibina dari enjin 4 Lejang Modenas Jaguh 175cc. Semua pembuatan kerangka dan pacuan adalah kerja custom sepenuhnya dari anak tempatan yang dikenali dengan nama Bro Omar atau Mr Fox Batman dari EASTERN BOBBER.

Bagaimana titik pertemuan ‘King Of Report’ dengan ‘Batman Malaysia’?
Ayah tengah jalan-jalan beli barang di Nilai 3, ayah terjumpa Batman ni dengan motor dia merayap tak tentu pasal tak tahu ke mana arah. Ayah tangkap dia dan ajak dia minum the tarik…terus Ayah ajor dia Bahasa Melayu dan terus pandai bercakap bahasa kita. Ayah namakan dia ‘Batman Malaysia’. Hahaha. Kipidap. Dongibab.

Apakah tujuan sebenar Ayah tangkap Batman Malaysia?
Boleh ler jadi bodyguard Ayah untuk majlis-majlis rasmi. Terhiburlah sikit hati anak-anak tempatan kita yang membesor dengan cerita Batman ni. Ingat tu, Ayah yang tangkap Batman. Siapa yang kuat sekarang? Hahaha. Kacokite.

Adakah Batman Malaysia ni tumpang glamor Ayah?
Rasenyer kome semua dah tahu jawapan dia. Tengokler, ‘kan Ayah jauh lebih hensem dan glamour dari Batman kat Malaysia ni.

Betul ke Batman Malaysia nak jual motor?
Meh ler ayah jawab. Betul, dia nak pergi umrah. Kepada orang ramai yang dah terlebih duit tu, boleh beli motor Batman yang dibuat sendiri oleh anak tempatan kita. Sebijik macam movie Batman Dark Knight tu. Cumer tayar jer kecik sikit. Maklumlah, kalau tayar besor mana muat jalan raya kiter ni? Call jer 016-265 9857 / 012-396 5341.

Nasihat Ayah buat peminat motosikal Malaysia?
Ayah nak pesan, penunggang motosikal tidak kira cc kecil atau besar, kita adalah duta keselamatan jalan raya. Cuba kita imbas semula, kebiasaannya apabila berlaku kemalangan jalan raya. Sebelum ambulans sampai, mesti penunggang motosikal yang datang memberi bantuan.

Jadi, ikutlah peraturan yang ditetapkan oleh penguatkuasa dan undang-undang kita. Misi kita adalah ke arah generasi motor yang berdedikasi. Sertailah mana-mana kelab motor yang positif bagi memperbanyakkan lagi aktiviti konvoi motosikal dan aktiviti amal yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat seperti kelab motor N5VERS Racing Team di mana ayah adalah penasihat rasmi.

Previous Post

Afif Tak Tertekan Penguasaan Honda

Next Post

Pameran kenderaan terbesar di ASEAN, Malaysia Autoshow 2019 bermula hari ini

Next Post

Pameran kenderaan terbesar di ASEAN, Malaysia Autoshow 2019 bermula hari ini

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved