Triumph Motorcycle Malaysia melancarkan model Tiger 1200 serba baharu dan antara jentera touring yang dinantikan peminat tempatan. Berlangsung di Kuala Lumpur Golf Club (KLGC) sebentar tadi, model terbabit menawarkan kepada peminat binaan serba baharu.
Jentera ini diklasifikasikan sebagai motosikal pengembaraan berkapasiti besar yang paling berkuasa, agresif dan antara jentera kompetitif di dunia. Dibezakan dengan sedikit perbezaan antara dua model terbabit – jentera pengembaraan Tiger 1200 serba baharu ini ditawarkan dalam dua varian di Malaysia, iaitu GT Pro dan Rally Explore.
GT Pro ditawarkan pada tag harga RM115,900 manakala RM130,900 model Rally Explore.
Kedua-dua model dalam keluarga Tiger 1200 masih menggunakan enjin yang sama dengan GT Pro lebih selesa untuk dibawa aktiviti penjelajahan di kawasan bandar manakala Rally Explore dilengkapi dwi-kebolehan dan prestasi samada di jalan raya biasa mahupun kemampuan beraksi di atas jalan off-road.