Sekali lagi Rose Riders mengadakan siri tahunannya pada tanggal 20 Mac lalu, From Taiping Taiping With Love kali ketiga di Bandar Dalam Kenangan iaitu Bandar Warisan Taiping. Program ini diadakan setiap tahun bagi menggerakkan minat pencinta 2 roda dari tahun 2019 hingga sekarang.
Dengan penyertaan hampir 37 jentera dari riders dari utara seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perak sekali gus memeriahkan lagi program ini. Seawal jam 08:00 pagi, kesemua peserta berkumpul di halaman sekolah di kampung ekspo Kamunting dan seterusnya memulakan perjalanan.
Sebagaimana yang sedia maklum, Bandar Taiping merupakan satu tempat peninggalan sejarah yg masih utuh sehingga sekarang dan tentunya banyak tempat yang seronok untuk dilawati. Pergerakan program ini tamat dalam jam 3:00 petang di kawasan simpang Changkat Jering. Para peserta sempat mengunjungi dan menikmati makan tengah hari di Route 60 Mee Udang Zetty dan disambut oleh Paksu Majid (pemilik Route 60) dengan penuh mesra.
Setelah selesai, penyampaian cenderahati kepada setiap peserta diadakan sebagai tanda kenangan. In Shaa Allah… Awal tahun 2023 kita bertemu lagi. Alhamdulilah.
Perkongsian : Bro Zass (Presiden Rose Rider)