Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

NXR 2, Ditawarkan Pada Harga Bermula dari RM2400

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-03-06
in BULETIN, UTAMA
0

Pureness Refined, tagline yang sesuai untuk model helmet full-face (muka penuh) paling lama bertahan dari keluaran Shoei, NXR Series. Proses penambahbaikan merupakan evolusi berterusan dan dengan pasukan pereka serta jurutera berkelas dunia yang memimpin usaha ini, Shoei menggunakan fasiliti ‘state-of-art’ serta pelbagai material bagi memastikan kualiti kekal terjamin dalam membangunkan model helmet terbaharu NXR 2.

Dilancarkan di Gomoto Experience Lab, model full-face helmet ini diluluskan United Nations Economic Commission for Europe (UN ECE) 22.06 yang paling ringan dan paling kompak dari Shoei dengan bentuk kerangka aerodynamic dan spoiler yang diintergrasikan. Secara tidak langsung, NXR 2 yang baru sahaja dilancarkan ini menjadi hasil kepada satu lagi usaha Shoei untuk mencapai kesempurnaan ke tahap seterusnya.

Beberapa ciri lain NXR 2 ini termasuk lubang masuk udara dan ekzos dibentuk secara strategik bagi membantu menyelaraskan profil secara keseluruhan. Peningkatan prestasi aerodinamik dan mengurangkan tekanan di bahagian kepala penunggang motosikal. Kerangka aerodinamik optimal ini juga mengurangkan bunyi bising angin sekitar helmet. Vortex Generators di bahagian sisi mengurangkan tekanan udara. Ia juga kalis air dan udara.
Bagi menambahkan keselesaan, pad pipi dan juga telinga boleh ditanggalkan untuk digerakkan ke hadapan sekali gus membantu mengurangkan bunyi bising dalam helmet. Dalam erti kata yang ringkas, helmat NXR 2 ini memberikan penunggangan yang benar-benar senyap tanpa mengehadkan bunyi yang berinformasi.

Beralih pula ke bahagian prestasi pengudaraan, lohong udara yang dioptimakan memberikan pengaliran udara yang seimbang dan dalam masa yang sama, senyap. Lohong udara di bahagian tengah dan dahi dilengkapi dengan lohong atau lubang pengambilan udara untuk memberikan pengaliran udara yang lebih baik dalam helmet. Lubang pengambilan udara di bahagian atas telah dibesarkan untuk prestasi yang optima. Terdapat 6 lubang pengambilan udara dan juga 4 ekzos outlet.

Dilengkapi dengan CWR-F2 Shield yang melindungi sehingga 99% dari sinaran UV, acuan injeksi 3D memastikan pemandangan tanpa herotan sepanjang perjalanan. Manakala permukaan di bahagian luar 2D digabungkan dengan teknologi 3D di bahagian dalam, menawarkan penampilan lebih agresif. Vortex Generators meningkatkan lagi perlindungan aerodinamik dan mengurangkan bunyi bising angin. Mekanisme pengunci diletakkan di bahagian hadapan untuk memudahkan para penunggang. Sistem PINLOCK EVO anti-kabus lebih luas 10% untuk visi yang dipertingkatkan.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan CWR-F2 Base Plate System yang direka untuk memudahkan penunggang serta perubahan ‘shield’ lebih lancar. Mekanisma pelaras shield baharu lebih mudah dan boleh dilaras dengan tepat. Helmet Shoei NXR 2 ini ditawarkarkan pada harga RM2400 (plain) dengan pilihan warna Black, White, Basalt Grey, Matt Black dan Matt Blue Metallic. Bagi yang didatangkan dengan grafik pula ditawarkan pada harga RM 2899 (Accolade TC-10, Mural TC-10, Prologue TC-1, dan Scanner TC-5) dan Rider pada harga RM 2980 (MM93 Collection Rush dan MM93 Retro).

Previous Post

CRS Perak Official, Bukan Sekadar Kelab Biasa

Next Post

Shahrol Shazras, Cuba Tingkatkan Prestasi Selangkah Demi Selangkah

Next Post

Shahrol Shazras, Cuba Tingkatkan Prestasi Selangkah Demi Selangkah

CAPAIAN

  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved