Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Nasihat Dan Tunjuk Ajar Ayah Jadi Panduan!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-03-31
in BULETIN, UTAMA
0

Hentikan pemikiran stereotaip dan sikap skeptikal yang seorang wanita tidak layak melibatkan diri dalam sukan lasak. Kita sudah berada jauh di hadapan, pemikiran seperti itu seharusnya tidak timbul sekarang dan perlu ditinggalkan di belakang. Tiada lagi isu yang memisahkan kita baik dari segi kaum, umur apatah lagi gender. Yakin dan percaya, sesiapa sahaja yang mempunyai keazaman tinggi pasti boleh berjaya melunaskan impiannya. Setuju?

Sukan lasak motocross masih lagi didominasi lelaki tetapi realiti itu tidak sedikit pun mematahkan semangat atau menghalang minat Salsabila Aisya Bt Yunizal atau lebih mesra dengan sapaan Ayang oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Berasal dari Felda Trolak Utara, Sungkai Perak, si gadis cilik ini baru sahaja mencecah usia 15 tahun dan merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Felda Trolak Utara sinonim dengan peminat sukan hoki memandangkan ia banyak melahirkan pemain hoki yang mewakili Malaysia khususnya Sekolah Menengah Trolak Selatan, di mana Ayang bersekolah sekarang. Sejak usianya baru mencecah lima tahun, Ayang sudah mula berjinak-jinak dalam dunia motocross mengikuti ayahnya yang juga seorang pelumba motocross.

Namun, Ayang benar-benar melibatkan diri secara langsung pada bulan Februari dengan menyertai Fun Race yang dianjurkan di trek Felda Trolak Selatan. Bermula dari situ, Ayang tidak menoleh ke belakang berbekalkan tunjuk ajar serta latihan yang diberikan oleh ayahnya dan berusaha menguasai ilmu serta teknik motocross. Ayahnya bergiat aktif falam motocross sejak tahun 2011 dan Ayang pasti mengikuti walau di mana-mana perlumbaan berlangsung di seluruh Malaysia sehingga ke Thailand!

Berbanding sukan lumba motor lain seperti Cub Prix, sukan lasak motocross ini dikatakan tiada penaja dan begitu juga ayang. Tiada penaja menaja beliau sebagai pelumba dan semua perbelanjaan ditanggung sendiri termasuk jentera yang dibeli menggunakan modal sendiri. Walau tiada penaja, Ayang tetap mendapat sokongan paru dari Club TRSC dan juga individu yang menyimpan minat sama. Malah, sokongan keluarga, rakan-rakan serta sanak saudara menaikkan lagi semangat Ayang untuk terus berjuang dalam sukan lasak motocross ini.

Walaupun sibuk dengan dunia motocross, Ayang menyimpan cita-cita untuk berjaya dalam akademik dan dalam masa yang sama menjadi pelumba pro pada satu hari nanti. Menurut ibu yang mengimbas detik-detik awal penglibatan sewaktu berusia sekitar 13 hingga 14 tahun, Ayang bergaul dengan budak-budak motor serta memberanikan diri berlumba secara haram di jalan raya di kawasan kampung tanpa pengetahuan famili. Hal ini tidak bertahan lama sebaik saja sampai pengetahuan ayah yang menasihati agar berlumba di tempat selamat.

Sejak itu Ayang mula melibatkan diri dalam sukan motocross dengan menyertai Fun Race pada 27 Februari 2022 di Felda Trolak Selatan, bersaing dalam kategori CKD Women dan CKD Open. Biarpun baru pertama kali, hasilnya memberikan kepuasan kepada ayang yang berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori CKD Women tetapi kecundang dalam kategori CKD Open ekoran kemalangan tetapi tiada kecederaan serius.

Sejurus selepas itu, Ayang membuat keputusan membeli dua buah jentera motocross iaitu Yamaha YZR250 dan Kawasaki KLX 150. Selain itu, Ayang juga mengikuti klinik Cub Prix di Meru anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kemudian, Ayah dinobatkan sebagai peserta terbaik kerana menjadi seorang rider perempuan tunggal yang berani mempamerkan aksi-aksi mendebarkan daripada 26 peserta lelaki lain.

Setelah itu, Ayang kerap menyertai program motocross yang dianjurkan di seluruh Malaysia antaranya seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak dan Pahang. Antara kemenangan serta kejayaan dicapai Ayang setakat ini termasuk tempat kedua kategori MX Women dan CKD Women (Kelantan), tempat kedua CKD Women (Kedah), tempat kedua CKD Women (Perak), tempat kedua CKD Women dan MX Women (Pahang).

Bagi makluman, motosikal digunakan Ayang sekarang ialah Yamaha YZR250 dengan ekzos FMF. Sebuah lagi jentera ialah Kawasaki KLX150 yang menggunakan blok 63. Ayang bertekad meneruskan latihan untuk mengasah kemahiran dan teknik demi mengharungi kejohanan pada tahun ini. Bukan itu sahaja, Ayang turut mendapat kerjasama dari pihak sekolah untuk menyertai kejohanan.

Walaupun begitu, diharapkan Ayang bijak membahagikan masa antara akademik dan juga hobi. Semoga Ayang berjaya mencapai cita-cita dan tidak mengabaikan akademik walaupun kehidupan beliau kini tidak seperti remaja perempuan sebaya dengannya

Previous Post

Ketahui Terlebih Dahulu Saiz Rim Sebelum Tukar Tayar!

Next Post

Tampil Fantastik, Kekal Klasik!

Next Post

Tampil Fantastik, Kekal Klasik!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved