Baru-baru ini, Benelli melancarkan motosikal naked berkapasiti kecil baharu menggunakan enjin yang sama digunakan pada model-model sama saiz dan ditawarkan dalam pelbagai warna pada harga berpatutan. BN 125 ini menyasarkan golongan muda dan baharu hendak berjinak-jinak dengan dunia permotoran dua roda.
BN 125 dikatakan menggunakan satu silinder, penyejukan udara, motor 4-lejang 125cc sama seperti yang ada pada TnT 125 yang dilancarkan pada tahun 2020. Menerusi enjin inin, Benelli mampu menghasilkan 11hp pada 9,500 rpm dan tork 10Nm pada 7,000 rpm. Enjinnya pula mematuhi piawaian Euro5 dan didatangkan dengan penyuntikan bahan api elektrik.
Bagi makluman, Benelli dimiliki oleh QianJiang yang juga dikenali sebagai QJMotor. Memandangkan QJ mempunyai kaitan dengan KTM, jadi tidak hairanlah bila BN 125 ini menampilkan kerangka trellis besi. Selain itu, ia juga menggunakan suspensi depan teleskopik (110.5mm stroke) dand belakang (40mm stroke), dan tayar depan 110/80-17 dan 130/70-17 tayar belakang.
Menurut Motorrad, disk brek depan bersaiz 260mm, manakala saiz untuk bahagian belakang pula 240mm. Tiada ABS tetapi ada combined braking sistem brek (CBS). Berat BN 125 ini sekitar 142kg dan penggunaan bahan api dalam motor ini sekitar 1.7 liter setiap 100km (62 miles). Benelli baharu ini berukuran 2050mm panjang dengan wheelbase 1360mm, 190mm ground clearance dan juga 770mm ketinggian tempat duduknya.
Ditawarkan dalam empat warna; merah, hitam, putih dan Flash Green. Hanya pilihan Flash Green tidak didatangkan dengan kerangka berwarna merah dan casisnya diwarnakan hitam. Setakat ini, 67 BN 125 boleh didapati di pasaran di UK dengan harga £2,699 (RM14,938.96).
Sumber : Visordown