Sambutan memperingati ulang tahun kemerdekaan yang ke-65 lalu berlangsung meriah dan diraikan di setiap negeri. Para pengunjung yang membanjiri tapak acara ternyata luar dari kebiasaan. Mungkin kerana selepas dua tahun, kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia untuk meraikan hari penuh bersejarah ini.
Pelbagai program dan aktiviti diadakan pada hari tersebut termasuk Manjung Merdeka Festival 2022 yang berlangsung di Stadium Seri Manjung di negeri Perak. Dianjurkan oleh Suara Siaraya Perak Persatuan DJ2 Perak (SUSPEK) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM), program ini diselaraskan oleh Geng DJ Manjung dan Geng Motorshow Perak (GMP).
Bermula seawal pukul 9.00 pagi dan berlanjutan sehingga pukul 5.00 petang, pelbagai aktiviti disediakan pihak penganjur yang berjaya menarik perhatian para pengunjung dan juga para peserta. Antara yang menjadi tumpuan semestinya segmen motorshow yang menyediakan pelbagai kategori. Sebanyak 60 buah motosikal yang bukan sahaja dari negeri Perak tetapi dari luar juga telah mengambil bahagian dan memeriahkan lagi tapak penganjuran.
Para pengunjung menggunakan kesempatan ini untuk melihat dengan lebih dekat motor-motor yang mengambil dalam kategori-kategori yang disediakan seperti motor tercantik (4T Open, 2T Open), Motor Tercantik Standard Modified Open, Motor Tercantik Scooter Open.
Selain itu, para peserta juga berpeluang menyertai kategori lain seperti Airbrush Tercantik Open, Colour Tercantik Open, Chrome Open, Hiasan Tercantik Open, Motor Paling Kreatif Open, Motor Terkarat Open, Sticker Tercantik Open, Streetcub Tercantik, Motor Custom Paling Cantik, Classic Tercantik Open, Retro Tercantik Open, Best Of The Best 2T, Best Of The Best 4T dan Best Of The Best pilihan penonton.