Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dua Tahun Tambahan Atau 85,000km Untuk Model Terpilih

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-09-02
in BULETIN, UTAMA
0

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, memperkenalkan program lanjutan jaminan baharu (“EW”), yang merangkumi liputan model terpilihnya sehingga tambahan 2 tahun atau 85,000KM (yang mana dahulu) untuk model yang dijual dan didaftarkan mulai 1 September 2022 dan seterusnya. Berikut adalah senarai motosikal Modenas yang dilindungi di bawah program “EW”:

  • Kriss 110
  • Karisma 125S
  • Elegan 250
  • Pulsar RS200
  • Pulsar NS200
  • Dominar D400

Program “EW” ialah pilihan jaminan pihak ketiga, yang ditawarkan oleh rakan kongsi insurans MODENAS, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (“Allianz General”) yang berfungsi sebagai penyedia program “EW” dan Allianz Partners Malaysia (“APM”) yang akan menyediakan khidmat tunda. Program “EW” meliputi kerosakan motosikal yang tidak dijangka bagi semua komponen mekanikal dan elektrikal.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz, Sean Wang berkata, “Sebagai syarikat insuran, tumpuan kami adalah untuk berada bersama pelanggan dan memberikan perhatian yang positif ketika mereka memerlukan, dan lebih-lebih lagi apabila kebanyakkan isi rumah di Malaysia pada masa kini terkesan dari segi kewangan akibat dari peningkatan kos.”

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan MODENAS menerusi program “EW” ini yang menawarkan perkhidmatan yang cepat, mudah dan lancar dari segi penyelenggaraan dan baikpulih. Selain itu, program ini juga berfungsi sebagai pengesahan rekod prestasi Allianz General sebagai syarikat insuran yang dipercayai dan memberikan khidmat terbaik untuk pelanggannya.”

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Partners Malaysia Elias Wahidi berkata, “Kami gembira kerana MODENAS telah memilih APM untuk menyediakan perkhidmatan “EW”. Ini akan memberikan impak yang positif kepada pelanggan MODENAS apabila membuat keputusan pembelian, kerana mereka tahu motosikal tersebut dilindungi dengan jaminan tambahan.”

“Kami sangat berharap untuk membangunkan perkongsian ini dengan MODENAS serta memberi pelindungan kepada pelanggan mereka. Selain itu, kami yakin perkongsian ini akan membantu merangsang kualiti motosikal MODENAS pada tahun-tahun akan datang.”

Beberapa ciri-ciri penting yang ditawarkan di bawah Program MODENAS “EW” termasuk:
24/jam, 365 hari “Roadside Breakdown Assistance” (RBA).
“RBA” menawarkan perkhidmatan tunda ke pusat servis sah MODENAS yang terdekat dalam radius 100km.
Pindah ilik sepenuhnya atas jualan semula motosikal.
Menawarkan nilai jualan semula yang lebih baik untuk motosikal.
Penggunaan alat ganti MODENAS tulen: lebih dari 30,000 alat ganti yang disertakan dengan waranti perbatuan tanpa had selama 2 tahun.

“Jika anda mahukan perlindungan yang lebih daripada apa yang ditawarkan oleh MODENAS, anda mungkin akan mempertimbangkan program “EW” di mana ia menawarkan perlindungan pelbagai peringkat yang bersesuaian dengan keperluan motosikal anda. Program “EW” melindungi motosikal daripada kos baikpulih yang tinggi akibat kerosakan mekanikal dan elektrikal. Selain itu, motosikal anda semestinya akan menggunaan alat ganti MODENAS yang tulen”, kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.

Dengan peningkatan permintaan untuk menyelenggara dan baikpulih motosikal yang boleh menelan belanja sebanyak satu perlima daripada harga asal, Syarikat menyediakan pilihan tambahan untuk pelanggan kami seperti program “EW” ini untuk mengelakkan kos pembaikan yang tidak dijangka. Tambahan pula, pertumbuhan industri motosikal juga dibantu oleh lanjutan jaminan yang ditawarkan oleh pengeluar, yang memastikan produk itu dilindungi walaupun telah bertukar kepada pemilik baharu, tambah Roslan.

Untuk pertanyaan, pelanggan yang berminat boleh menghubungi Talian Bebas Tol MODENAS di 1-800-880-181 atau WhatsApp Careline kami di 019-570 8135 atau pusat servis MODENAS yang mengambil bahagian.

Previous Post

Satu Pengalaman Manis Dan Hebat Bagi Setiap Peserta Khususnya Maju Mega Bike

Next Post

Motorshow Meriahkan Manjung Merdeka Festival 2022

Next Post

Motorshow Meriahkan Manjung Merdeka Festival 2022

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved