Motor Terbang Lazareth LMV 496, Hanya Lima Unit Dihasilkan
Sedang kita masih mempersoalkan tentang kewujudan kereta terbang di tahun 2020, tanpa sedar sudah ada pencipta yang melangkaui batas minda yang menghasilkan motor terbang. Tanpa mengganggu DNA pada motor asal, Lazareth LMV 496 ini dikuasakan 4 unit turbin JetCat 96,000-rpm dan mampu menghasilkan tenaga sehingga 470 Hp.
Terdahulu, video menunggang uji motor ini telah pun tular di laman Youtube sejak tahun 2019 lagi dan mendapat pelbagai reaksi dari warga net. Jika diperhatikan, terdapat dua turbin di kedua-dua sisi casis yang bertujuan untuk menampung berat. Selain dari itu, ia masih menggunakan beberapa elemen rekaan LM 847.
Dikatakan hanya lima unit motor terbang ini dihasilkan. Salah satu motor terbang ini boleh menjadi milik anda sekiranya anda bersedia membelanjakan duit yang banyak. Kalau motor terbang ini mula memasuki pasaran Malaysia dan ramai yang sanggup berbelanja jutaan ringgit, siapa nak kawal laluan trafik di atas awan sana? Mungkin perlu wujudkan motor terbang pula?