Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Motor Ikonik Filem-Filem Pecah Panggung!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-09-10
in BULETIN, UTAMA
0


Hiburan sukar dipisahkan dengan kehendak manusia, malah ramai di antara kita yang merupakan peminat dan pengikut tegar dunia perfileman. Sebelum tercetusnya pandemik Covid-19, hampir setiap minggu, ada sahaja filem-filem terbaharu ditayangkan di pawagam yang mampu menarik sebilangan besar peminat hiburan sanggup meluangkan masa dan memastikan tidak terlepas peluang menonton filem yang dinanti-nanti pada hari pertama tayangan. Itu dulu.

Impak dibawakan dunia perfileman ke atas para penonton amat besar. Dari gaya percakapan, fesyen, malah apa sahaja yang dipaparkan di layar perak cepat menjadi ikutan. Ia secara tidak langsung menjadi kayu pengukur filem-filem ini berjaya mempengaruhi penonton dan mampu diingati untuk masa yang lama. Pengaruh ini juga sekali gus menentukan samada filem tersebut berjaya mengutip kutipan pecah panggung atau sebaliknya.

Apa sahaja yang berkaitan dengan filem-filem pecah panggung ini akan menjadi ikonik. Tahukah anda, beberapa motor yang pernah muncul dalam filem menjadi ikonik dan mempunyai penggemar serta pengikut tersendiri.

Berikut, lima buah motor ikonik yang pernah muncul dalam filem-filem pecah panggung berdasarkan pilihan penulis;

5 – The Motorcycle Diaries – 1939 Norton 500 ( La Poderosa II)
Mungkin tidak ramai yang menonton filem ini samada di wayang mahupun DVD atau yang disiarkan di televisyen tetapi ia menjadi salah satu filem paling saya minati. Filem ini mengangkat kisah pengembaraan Ernesto ‘Che’ Guevara bersama Granado dari Buenos Aires (Argentina) menuju ke Amerika Selatan. Beliau menunggang motor 1939 Norton 500 cc yang dinamakan sebagai La Poderosa II. Che Guevara menghabiskan masa sebagai sukarela di koloni San Pablo Leper di Peru. Banyak adegan menarik tetapi yang menarik perhatian saya sehingga sekarang, kelasakan La Poderosa II. Siap pasang angan-angan nak miliki motor yang sama.

 

4 – The Matrix Reloaded – Ducati 998
Sewaktu menonton filem ini di pawagam, penulis masih muda remaja. Jujurnya, pendapat peribadi penulis sendiri, filem kedua dari trilogi The Matrix ini tidak sehebat filem pertamanya. Namun, salah satu adegan kejar mengejar yang memaparkan Trinity lakonan Carrie-Anne Moss menunggang motor Ducati 998, keluaran terhad khusus untuk filem ini. Adegan Trinity melakukan aksi mendebarkan di lebuh raya memang sangat memukau. Jangan salah faham, yang saya maksudkan memukau itu motor Ducati bukan Trinity.

 

3 – The Dark Knight – Batpod
Bagi penggemar filem, The Dark Knight sering dikatakan sebagai sebuah filem adiwira (superhero) terbaik (pastinya tidak sependapat dengan saya). Filem ini memberikan fokus terhadap kehebatan dunia Batman yang dimainkan oleh Christian Bale dan memiliki koleksi kenderaan luar biasa. Namun begitu, Batpod iaitu motosikal khas Batman lebih menonjol berbanding yang lain. Kenderaan untuk adiwira dengan gaya paling unik di dunia serta hasil modifikasi menakjubkan. Jadi, tidak hairanlah bila di Malaysia ada peminat yang menghasilkan Batpod sendiri. Macam yang pernah dikatakan dahulu, bab modifikasi motor memang orang Malaysia hebat-hebat belaka!

2 – Mission : Impossible Fallout – 2018 BMW R nineT
Sebagaimana yang diketahui umum, Tom Cruise lebih selesa melakukan aksi stunt sendiri dan dia sudah melakukannya sebelum filem Mission: Impossible Fallout. Dalam filem ini, Tom Cruise pasti membuat anda berdebar melihat aksinya menunggang 2018 BMW R nineT di tengah-tengah kota Paris yang sibuk dalam usahanya sebagai Ethan Hunt melarikan diri dari pihak polis. Dengan kuasa 110 kuasa kuda dan 86 ft-lb tork, motor besar ini memberikan apa yang diperlukan oleh agen kesayangan ramai. Eh… ramai yang sayang ke?

 

1 – First Blood – Yamaha XT250
Jarang orang ingat nama tajuk filem kerana lebih ramai gemar mengingati watak utamanya, Rambo lakonan Sylvester Stallone. Sebagai peminat susah nak mati (die hard fan), saya mengaku bersikap pilih kasih. Faktor utama saya memilih First Blood di tempat pertama adalah kerana Sylverster Stallone. Baiklah, filem adaptasi sebuah novel dengan nama yang sama ini popular di kalangan peminat filem Hollywood khususnya peminat Sly. Selain Sly sebagai Rambo, motor digunakan Rambo turut menjadi popular. Yamaha XT250, sebuah motor dual-sport yang sangat kukuh, teguh dan lincah. Pilihan yang sangat tepat untuk melakukan aksi-aksi dan membawa bintang besar sehebat Slyvester Stallone. Okey, berapa kali nama Sly muncul? Maafkan saya!

Itulah kesemua lima motor ikonik yang menjadi penghias filem-filem pecah panggung pilihan peribadi saya. Bagaimana pula dengan anda? Ada motosikal lain yang mahu disebut di masa akan datang? Kalau ada, sudi-sudikanlah berkongsi dengan kami di Roadstar!

Previous Post

Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2020 Dibatalkan!

Next Post

Yamaha Lagenda 115Zi Dengan Warna Dan Grafik Baharu!

Next Post

Yamaha Lagenda 115Zi Dengan Warna Dan Grafik Baharu!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved