Bagi memberikan kesedaran dan faktor keselamatan kepada pengguna motosikal dewasa ini, pendahulu jenama aksesori terbesar di dunia GIVI Asia memperkenalkan dua model terbaharu mereka, M10.1 Acqua dan M30.3 D-Visor Jet Helmet.
Givi Asia juga terus menunjukkan komitmennya bagi meningkatkan keselamatan dan kesedaran pemilik motosikal dengan terus mengutamakan kualiti dan keselamatan pengguna dalam memilih aksesori motosikal yang sesuai dengan penunggang motosikal di Asia. Dua model terbaharu topi keledar GIVI ini merupakan hasil dari penyelidikan dan pembangunan berterusan sejak beberapa dekad yang lalu.
Model M10.1 Acqua Demi Jet merupakan inovasi moden-klasik dan vintaj serta dianggap paling ringan dalam model ini telah direka bagi memberi peluang kepada penunggang merasai perjalanan lebih santai dan cukup nyaman tatkala berada di atas jalan raya.
Empat pilihan warna menarik yang ditawarkan iaitu Graphic Lava Black, Graphic Lava Cream White, Soda Metallic Black dan Soda Metallic Fuchsia dan model ini juga dilengkapi dengan sistem kunci jenis mikrometik yang membolehkan pengguna menanggalkan dengan mudah.
Bagi mereka yang berminat terhadap model ini, GIVI menawarkan saiz topi keledar bermula dari saiz S hingga XL.
Sementara itu, model M30.3 D-Visor Jet Helmet ditambah baik dengan penggunaan Teknologi Perlindungan (HPS) yang canggih sekali gus model ini berada pada koleksi terkini dalam segmennya.
Direka dengan elemen warna yang terang dan segar, tiga pilihan warna yang diperkenalkan pada model terbaharu ini adalah Grafik Echo Neon Yellow, Echo Grafik Red dan Solid Black.
Topi keledar ini juga dilengkapi dengan sistem pengudaraan udara yang lancar ketika di waktu panas terik dan ketika waktu hujan ia mampu mengurangkan kabus (dibahagian perlindungan muka) sekaligus penglihatan si penunggang kurang terjejas ketika menunggang.
Satu lagi ciri yang diketengahkan pada model D-Visor Jet Helmet ialah fungsi visor berkembar bagi melindungi dari silau cahaya matahari . Kedua-dua model ini ditawarkan pada tag harga bermula RM230 (model Acqua) dan RM312 bagi model D-Visor Jet Helmet.