Nama ROSE RIDERS bukan lagi asing khususnya untuk peminat permotoran dua roda. Grup yang dikelolakan dan diasaskan oleh Bro Zass dengan misi berukhwah, berdakwah dan membincangkan sahsiah dua roda. Selain itu, ROSE RIDERS juga dikenali sebagai grup yang membawa ahli-ahli dan peserta luar menjelajah segenap negeri dan wilayah serta mengukuhkan ukhwah dan mendidik sahsiah riders.
Pada 31 Ogos yang lalu, satu program telah dianjurkan yang bertujuan menghormati hari kemerdekaan. Program Merdeka Ride ini diadakan di daerah Kundang, Sungai Buloh yang terletak di Selangor. Program ini dijalankan dengan mematuhi SOP serta mengimbas kod QR seperti yang ditetapkan KKM dan MKN.
Merdeka Ride telah dirasmikan oleh ADUN, YAB En. Salehuddin Bin Amiruddin yang turut melepaskan para peserta sekaligus mengakhiri program pada hari tersebut. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan program dijalankan dengan lancar.