Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kembali Mengeratkan Ikatan Silaturahim Dengan Aktiviti-Aktiviti Menarik

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-12-10
in BULETIN, UTAMA
0

Hujung minggu semakin meriah dengan pelbagai aktiviti dan program sekaligus menyerikan lagi dunia permotoran dua roda. Antara yang kembali aktif menganjurkan program semenjak banyak kelonggaran dibenarkan ialah kelab Motosikal Northern Versys Owners Group & Friends. Bermacam-macam program dilakukan saban hujung minggu seperti “Short Ride” merentas negeri Pulau Pinang ke Kedah.

Dianjurkan pada 16 Oktober, destinasi pilihan kali ini adalah Pondok Sarapan yang terletak di Bukit Haji Yusoff, Kampung Berapit Tikam Batu. Para peserta yang menyertai program ini dinasihatkan agar menggunakan jentera motosikal berkuasa kecil dan sederhana ekoran kawasan yang dituju berbukit.

Bagi makluman, Bukit Haji Yusoff bersambung dengan Bukit H. Bukit H terkenal dengan track hiking yang mencabar di Sungai Petani. Pondok Sarapan ini pula beroperasi seminggu 3 hari sahaja. Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula dari jam 7:30 pagi hingga 11:00 pagi. Antara menu yang menarik di Pondok Sarapan adalah Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah, Nasi Dagang Atas Bukit, Bihun Singapore dan lain-lain. Minuman pula Teh 0 Arab dan Kopi 0.

Keunikan Pondok Sarapan adalah bersarapan sambil menikmati suasana alam semula jadi di puncak Bukit Haji Yusoff. Dari puncak ini, para pengunjung dapat melihat pemandangan seluruh Pulau Pinang, Pulau Sayak, Pulau Bidan sawah padi dan kawasan sekitar yang sangat cantik.

Seawal jam 6.45 pagi, para peserta konvoi telah mula berkumpul di susur keluar Bertam, Pulau Pinang untuk menuju ke Tikam Batu. Sebanyak 33 buah motosikal pelbagai jenama telah mula menderu menyusuri Jalan Lama Kepala Batas Tikam Batu menyeberangi Jambatan Merdeka yang memisahkan antara Pulau Pinang dan Kedah di antara Sungai Muda dan kawasan tanaman pagi (Bendang) kedua-dua arah.

Suasana pagi yang nyaman mengamit kedatangan para peserta yang berhenti di Dataran Tikam Batu untuk menunggu rakan-rakan NVOG yang hadir dari Jitra serta Alor Setar dan juga dari Gurun. Tepat Jam 7.45 pagi, konvoi mula bergerak perlahan diikuti sebuah pacuan 4×4, rakan NVOG Abang Badri dan isteri yang datang dari Cheras, Kuala Lumpur yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama dalam aktiviti pada hari ini.

Selepas melalui jalan tanah merah, peserta konvoi terpaksa melalui lorong bukit yang agak sempit dan memanjat satu persatu kenderaan dan motosikal memerah tenaga untuk sampai ke puncak Bukit Haji Yusoff dan Pondok Sarapan yang berada di bukit kedua menghadap Gunung Jerai dan Seberang Perai.

Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa dan Tazkirah oleh rakan NVOG Ustaz Yunus yang merupakan anak kepada pemilik Warung Pondok Sarapan yang diusahakan bersama adik dan abang beliau. Para peserta diingatkan dalam tazkirah yang diberikan agar terus-menerus menjaga silaturahim serta disulami dengan Majlis Tahlil untuk arwah rakan-rakan NVOG yang telah pergi sebelum dan semasa Covid-19 melanda seluruh dunia. Sesi menjamu selera diteruskan dimana para peserta disajikan dengan Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah serta nasi dagang bersama minuman yang juga menu utama di pondok sarapan ini.

Acara seterusnya merupakan sambutan ulang tahun kelahiran ahli kelab NVOG & Friends yang jatuh pada bulan Oktober. Terdapat 2 orang ahli yang menyambut hari kelahiran pada hari ini iaitu Abang Anuar dari Bukit Mertajam dan Fahmi dari Sungai Petani. Bacaan doa sekali lagi disempurnakan oleh Ustaz Yunus untuk mereka. Setelah puas menikmati pemandangan di atas puncak bukit Haji Yusoff, konvoi mula bergerak turun dan destinasi seterusnya iaitu menyampaikan sumbangan kepada Masjid Al-Barakah Tikam batu sempena aktiviti Jom Infak Masjid anjuran NVOG & Friends.

Aktiviti ride santai ini dirancang agar ahli-ahli NVOG dapat berkumpul bersama-sama bagi mengeratkan silaturahim sekaligus titik mula acara selepas setahun tidak dapat bersama akibat PKP yang dilaksanakan kerajaan akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Diharapkan wabak Covid-19 ini segera pergi dan Malaysia boleh berubah zon Pandemik ke Endemik. Zon di mana kita terpaksa hidup bersamanya dan meneruskan kehidupan seperti sediakala dengan norma baru.

Perkongsian : Fazrul NVOG

 

Previous Post

Misi Ukhwah Dan Dakwah, Membentuk Sahsiah!

Next Post

Asah Bakat Golongan Muda, Berlumba Di Tempat Yang Betul

Next Post

Asah Bakat Golongan Muda, Berlumba Di Tempat Yang Betul

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved