Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Meriahkan Dunia Permotoran Utara Tanah Air

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-05-28
in BULETIN, UTAMA
0

Dunia permotoran bukan hanya tentang kelajuan atau deruman enjin semata-mata. Ia membawa nilai lebih besar yang sarat dengan nilai, disiplin dan ukhuwah yang erat dalam kalangan para penggemarnya. Semua nilai ini dizahirkan dengan cukup jelas menerusi penganjuran Annual Dinner 2025 oleh Adventure Touring Motorsports (ATMS), yang berlangsung meriah pada 17 Mei lalu di Bertam Resort, Pulau Pinang.

Lebih 1,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara membanjiri acara tersebut yang sangat dinanti-nantikan saban tahun oleh komuniti permotoran khususnya di bahagian utara tanah air. Majlis dimulakan dengan sesi konvoi berdisiplin dari Nasi Kandar Halisha Kiosk ke Bertam Resort. Sepanjang perjalanan, kelihatan semangat kekitaan yang tinggi. Konvoi bukan sahaja teratur, malah menyerlahkan kesatuan dalam kalangan peserta. Ini membuktikan komuniti permotoran adalah satu keluarga besar yang sentiasa bergerak bersama.

Majlis makan malam ini bukan sekadar himpunan biasa, malah diwarnai pelbagai aktiviti menarik seperti pameran motosikal, reruai aksesori dan sesi fotografi yang mencerminkan gaya hidup permotoran. Acara diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah, satu simbolik bahawa komuniti permotoran ini bukan sahaja teguh dari segi semangat ukhuwah tetapi juga berpaksikan nilai-nilai agama dan adab sopan. Acara pada malam itu telah dirasmikan oleh tetamu kehormat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Dato’ Seri Rizal Marican Naina Marican. Turut hadir ialah Presiden ATMS, En. Muhd Arashid bin Hj Ramli, bersama para penaja dan pemimpin kelab-kelab permotoran dari seluruh negara.

Nilai ‘brotherhood’ antara kelab menjadi intipati utama majlis ini. Sesi pertukaran plak penghargaan melibatkan kelab-kelab seperti NVOG, RT North, dan HOG Penang menunjukkan ikatan persahabatan yang tulen dan berpanjangan. Dalam suasana santai tetapi penuh makna turut diselitkan segmen cabutan bertuah. Acara turut memberi ruang mengenang ahli yang telah pergi, menambahkan elemen kemanusiaan dalam dunia permotoran.

Kemuncak malam diserikan dengan persembahan Rosli Mualim dan Zul Solo serta acara anugerah motosikal tercantik. Satu penghargaan terhadap kreativiti pemilik dalam menjaga estetika jentera masing-masing. Di sebalik semua kemeriahan ini, nilai-nilai seperti semangat setiakawan, kebersamaan dan penghargaan terhadap seni serta usaha individu diserlahkan secara terang. Komuniti ini bukan sekadar bergerak di atas dua roda, tetapi turut membawa bersama nilai estetik, budaya, serta semangat hormat-menghormati yang tinggi antara satu sama lain.

ATMS Annual Dinner 2025 jelas membuktikan bahawa dunia permotoran mampu menjadi jambatan penyatuan antara individu dari pelbagai latar belakang. Ia bukan sekadar hobi atau minat, tetapi wadah membentuk jaringan sosial yang kuat dan bermakna. Sesungguhnya, di sebalik enjin yang mengaum dan tayar yang berputar, terselit nilai persahabatan yang tidak ternilai harganya. Semoga ATMS terus mewarnai dunia automotif tanah air dengan semangat yang jitu dan ukhuwah yang tidak pernah luntur.

Previous Post

Pengembaraan Off-Road Lebih Power, Pilihan Ideal Buat Penunggang Yang Idam Motosikal Adventure Touring

Next Post

Menjanjikan Pengembaraan Penuh Premium

Next Post

Menjanjikan Pengembaraan Penuh Premium

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved