Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Merakam Pengalaman Menyegarkan, Kenangan Zaman Kanak-kanak Tidak Dilupakan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-03-03
in BULETIN, UTAMA
0

Bukan hanya sebagai seorang isteri, ibu, anak atau adik untuk keluarga masing-masing, golongan wanita hari ini terus aktif bergiat dalam pelbagai aktiviti termasuk dunia dua roda. Walaupun dalam kesibukan harian, berkat kata sepakat serta keizinan keluarga, satu lagi program konvoi berjaya dianjurkan. Jika diimbas kembali, WIMA Malaysia pernah menganjurkan Ride & Camp di Pantai Merdeka di negeri Kedah pada tahun 2013. Kali ini, sekali lagi WIMA Malaysia menganjurkan 2nd Ride & Camp dengan lokasi pilihan di Rumah Ndoi di Baling, Kedah.

Perjalanan lebih kurang sejauh 371km telah dimulakan dari kawasan R&R Rawang ke Baling, Kedah. Bagi makluman anda, WIMA Malaysia tidak pernah memilih kasta, dari cc kecil hingga cc besar dan sesiapa sahaja boleh menyertai apa juga aktiviti serta program yang dianjurkan. Lebih kurang 2 minggu sebelum konvoi dirancangkan, semua rider telah mula menghantar jentera masing-masing untuk diservis. Pada 14 Februari, hari yang dinantikan telah tiba dan bermulanya program yang berlangsung selama 3 hari dan dua malam.

Para peserta dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Lembah Klang memulakan perjalanan selepas subuh untuk berkumpul di tempat yang telah ditetapkan, R&R Rawang pada pukul 7.00 pagi. Selepas bersarapan, para peserta bersedia memulakan perjalanan dimulakan dengan bacaan doa selamat sekitar jam 8.30 pagi. Sepanjang perjalanan, para peserta konvoi kekal dalam barisan di laluan kiri lebuh raya yang melibatkan 19 buah motosikal. Antara motor yang terlibat adalah Vespa LX150, Vespa Primavera 150, Honda Dash 125, Honda PCX 150, Yamaha LC, Yamaha FZ, Benelli RFS150LE, RS150 Honda, Yamaha 150 (Y Suku), Kawasaki W800, Yamaha Vulcan 800.

Lokasi pertama konvoi berhenti adalah di Tapah untuk mengisi bahan api dan berehat. Diikuti lokasi kedua untuk pengisian bahan api ialah di Simpang Pulai. Selepas melalui terowong Menora di Ipoh, para peserta menunggang mengikut kemampuan dan mengekalkan jarak selamat antara satu sama lain melalui jalan berliku di celah bukit. Lokasi ketiga yang dipilih untuk pengisian bahan api, Sungai Perak. Para peserta juga berehat sementara sebelum meneruskan perjalanan ke Pitstop Route A76, The Rusa House Lenggong, Perak.

Para peserta tiba di lokasi sekitar jam 12.00 tengah hari. Hidangan makan tengah hari siap disediakan oleh isteri tuan punya Pitstip A 76 The Rusa House, Chef Cik Pah yang terkenal dengan masakan daging rusanya. Semasa berhenti di Sungai Perak, mereka membuat pesanan menu makanan tengah hari menerusi panggilan telefon. Setelah selesai makan tengah hari iaitu kira-kira pukul 1.30 tengah hari, para peserta konvoi bergerak melalui pekan Grik, Pengkalan Hulu menuju daerah Baling, Kedah. Para peserta tiba ke Rumah Ndoi sekitar pukul 3.45 petang.

Sebanyak 9 unit khemah dan 8 hammock telah disediakan di Rumah Ndoi. Selesai urusan pendaftaran, para peserta memasuki khemah dan hammock masing-masing. Kemudian, para peserta dijemput menikmati minum petang yang disediakan oleh pihak Rumah Ndoi. Ini diikuti acara bebas lepas jamuan minum petang. Pada malam pertama, para peserta bersolat jemaah dan membaca surah Yasin. Setelah selesai bersolat jemaah, para peserta dihidangkan dengan jamuan makan malam diikuti sesi karaoke.

Selepas selesai bersarapan pagi pada hari kedua, aturcara diteruskan dengan aktiviti berzumba sebagai senaman pagi yang bertujuan untuk membuang lemak. Selain zumba, segala aktiviti disediakan pihak urusetia selama para peserta berada di Rumah Ndoi. Para peserta gembira dengan semua permainan yang disediakan seperti galah panjang, baling selipar dan charades (teka kata) yang dilakukan sambil santai dalam sungai. Selesai permainan, para peserta dijamu makan tengah hari sambil duduk dalam sungai yang jernih airnya. Kebanyakan para peserta merasakan pengalaman makan tengah hari sambil duduk dalam air sungai menarik sekali.

Selesai menjamu selera, aktiviti diteruskan dengan mandi sungai. Para peserta mengambil peluang ini menikmati keseronokan mandi sungai sepuas-puasnya kerana sudah lama tidak merasainya selepas zaman kanak-kanak dahulu yang juga kenangan terindah untuk sesetengah peserta. Pada sebelah petang, para peserta dibawa ke air terjun Lata Bayu dan melawat Dusun Tok Wan Desa Sentosa. Selesai solat dan bacaan Yasin, para peserta dihidangkan makan malam masakan kampung. Para peserta juga tidak melepaskan peluang melawat Hot Spring Ulu Lenggong pada malam terakhir.

Selesai solat subuh hari terakhir iaitu pada 16 Februari, para peserta bersiap mengemaskan barang-barang untuk berangkat pulang ke negeri masing-masing. Rumah Ndoi sekali lagi menyediakan sarapan pagi untuk kesemua 26 peserta. Sebelum berpisah, konvoi dipecahkan kepada dua kumpulan. Sepuluh buah motosikal bergerak menuju ke Kuala Lumpur dan 6 buah motosikal menuju ke Pulau Pinang untuk ride santai dan makan-makan di Pulau Mutiara. Selepas bersiar-siar di Pulau Mutiara, para peserta bergerak balik ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke negeri masing-masing. Walau dipecahkan kepada dua kumpulan, semua peserta selamat tiba ke rumah masing-masing. Alhamdulillah. Pengalaman program 2nd Ride & Camp ini menjadi kenangan terindah untuk para peserta. Dimaklumkan, ada perancangan untuk Ride Adventure WIMA Malaysia selepas raya nanti. Insya-Allah.

Disediakan Oleh : kNor

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
sdr
Previous Post

Jenama Aksesori Dengan Kualiti Lumba Motor

Next Post

Himpunan 30K Anak Muda Istiqamah

Next Post

Himpunan 30K Anak Muda Istiqamah

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved