Pembuat barangan aksesori motosikal dari Taiwan, Taikom Racing yang berbekalkan lebih 30 tahun pengalaman menerusi Wei Shern Auto Parts Sdn Bhd, merupakan nama yang tidak asing buat kaki motor. Bukan hanya sebagai sebuah syarikat pengeluar sahaja, malah rangkaian alat-alat ganti dan aksesori motosikal ini sudah pun berada di seluruh Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara.
Taikom Racing merupakan salah satu jenama paling popular yang menawarkan barisan alat-alat ganti dan aksesori motor yang lebih cenderung ke arah lumba motosikal. Antara produk keluaran Taikom Racing yang mendapat sambutan di pasaran Malaysia termasuk Racing Crankshaft Assy, Throttle Body dan Inlet Pipe.
Racing Crankshaft Assy
Crankshaft atau dalam bahasa Malaysia yang bermaksud aci engkol merupakan komponen penting dalam membawa motosikal anda. Aci engkol ialah satu kompenon enjin antara yang paling berat. Ia terdiri daripada dua bahagian utama iaitu kanan dan kiri.
Bahagian kanan untuk sambungan pada klac dan kiri pula untuk magneto. Rod penyambung pula dipasang di tengah-tengah aci engkol. Fungsinya adalah untuk menghasilkan putaran enjin. Piston menghasilkan tenaga lalu menolak aci engkol untuk berputar lalu menghidupkan mekanisma enjin yang lain.
Jika anda mahukan kelajuan seperti sebuah jentera perlumbaan, apa kata anda mencuba produk aci engkol Taikom Racing. Ia merupakan pilihan ramai bagi pemilik motosikal Yamaha Y15ZR dengan saiz pembesaran iaitu 4.5mm/9.0mm sudah cukup membuat anda berpuas hati. Selain itu, batang penyambung aci engkol jenama Taikom Racing turut diperbaharui pada ukuran 24mm x 102mm.
Throttle Body & Inlet Pipe
Taikom Racing turut membuat penawaran terhadap throttle body (badan pendikit) yang disertakan dengan inlet pipe (paip salur masuk) bagi dua model pilihan iaitu Honda RS150 dan Yamaha Y15ZR. Hanya jentera Y15ZR sahaja memiliki lima saiz berbeza (32mm, 34mm, 36mm, 38mm dan 40mm) manakala untuk model RS150 hanya terdapat tiga saiz pilihan iaitu 32mm, 34mm dan 36mm.
Badan pendikit merupakan tempat kawalan jumlah masukan udara dan minyak ini mendatangkan perbezaan ke atas jumlah kuasa motosikal. Ini kerana setiap enjin mempunyai nisbah minyak dan udara berbeza, tetapi bergantung juga kepada tetapan talaan sendiri.
Manakala produk terbaharu dari Taikom Racing adalah Throttle Position Sensor (pengesan posisi pendikit) ditawarkan kepada tiga model terhangat RS150, Y15ZR dan model moped NVX155 keluaran Yamaha. Kesemua barangan Taikom Racing yang diedarkan oleh Wei Shern Auto Part Sdn Bhd, H.H. Motor CycleAuto Spares Sdn Bhd, S.H.M Seng Huat Motor Sdn. Bhd boleh didapati di kedai-kedai motosikal terpilih di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Wei Shern Auto Parts Sdn Bhd
Plot 141B, Lorong Perindustrian
Bukit Minyak 11, Mukim 13,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
Whatsapp : +60 19-558 8137
Emel : taikomracing@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/taikom.my/
Instagram : https://www.instagram.com/taikomracing_official/
Web : https://www.taikomracing.com/