Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Menunggang Demi Ukhuwah, Menyatu Demi Islam & Solidariti Palestin

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-11-13
in BULETIN, UTAMA
0

Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF) yang berlokasi di Bandar Baharu, Kedah telah menjadi tumpuan dengan berlangsungnya satu perhimpunan komuniti permotoran Muslim dari seluruh pelosok tanah air pada 8 November lalu. Dianjurkan oleh Kompleks Islam Darul Faizin & KIDaF Bikers Community yang diterajui Abang Bad sebagai pengarah program kali ini.

Lebih daripada perhimpunan motosikal, KBG2.0 mengangkat tema “Solidariti Palestine” sekali gus menjadikan program ini bukan sekadar simbol kekuatan fizikal tetapi juga lambang keutuhan jiwa serta iman, berlandaskan kasih terhadap sang pencipta dan perjuangan ummah. Dengan jarak konvoi lebih kurang 60km merentasi tiga negeri; Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Perjalanan ini bukan sahaja menguji kemahiran menunggang, tetapi juga memupuk disiplin, kesabaran dan semangat persaudaraan sepanjang perjalanan dengan membawa niat Ride for Palestine.

Setibanya di Kompleks Islam Darul Faizin sekitar jam 10.15 pagi, para peserta disambut dengan senyuman hangat oleh pasukan penganjur dan petugas KIDaF. Aktiviti bermula dengan konvoi tiga negeri, diketuai oleh marshal berpengalaman daripada Team ARC Penang. Disusuli persembahan aksi motosikal oleh saudara Zul Olen, seorang stuntman tersohor yang memukau hadirin dengan kemahiran dan gaya tersendiri.

Program KBG2.0 ini turut menonjolkan sisi rohani yang lebih mendalam menerusi Forum Santai Ilmu dah Ukhuwah Solidariti Palestine, menampilkan barisan panel hebat seperti Ustaz Hanafiah Malik, Abang Ijam Medicine, Abang Shamsul Ghau Ghau, Ustaz Haji Jafri Mahmoodi dan saudara Noor Azman Ishak, sukarelawan misi kemanusiaan Sumud Flotilla. Forum ini menjadi nadi utama majlis apabila setiap panel membicarakan isu Palestin dari pelbagai sudut; kemanusiaan, keimanan, dan tanggungjawab ummah sejagat.

Antara inti forum yang mencuri perhatian adalah perkongsian saudara Noor Azman, yang menjawab persoalan “Apakah kriteria untuk menjadi ahli Sumud dan pengalaman menyertai misi Sumud Flotilla.” Beliau menyentuh bagaimana perjuangan menegakkan maruah Palestin menuntut kesabaran, ilmu dan keberanian luar biasa, serta tekad menentang kezaliman Zionis tanpa mengira risiko.

Seterusnya, Ustaz Hanafiah Malik berkongsi pandangan terhadap harapan realistik pembebasan bumi Palestin di tengah-tengah kekejaman yang tiada penghujung. Menurut beliau, harapan itu masih hidup selagi wujud doa, iman dan kesatuan ummah. Abang Ijam Medicine pula menegaskan bahawa isu Palestin bukan sekadar isu agama, tetapi isu kemanusiaan dan penjajahan. Beliau menyeru generasi muda memahami konteks dengan hati dan ilmu.

Ini diikuti penghuraian Ustaz Jafri Mahmoodi terhadap soalan “Mengapa Palestin penting kepada umat Islam?” dengan menyatakan bahawa Palestin adalah tanah barakah yang diangkat oleh Allah, tempat para nabi diutus dan simbol ujian keimanan sejati umat Muhammad SAW. Forum yang bukan sahaja menggetarkan hati para peserta tetapi juga membangkitkan semangat jihad dan solidariti ummah.

Bukan itu sahaja, KBG2.0 turut mengangkat nilai kebersamaan dan amal kebajikan dalam kalangan komuniti permotoran. Seawal jam 5 pagi, program dimulakan dengan qiamulail dan solat Subuh berjemaah yang diimamkan oleh Syeikh Abdullah. Diikuti kuliah Subuh oleh Ustaz Haji Jafri Mahmoodi, menyuburkan jiwa para riders dengan nasihat dan tazkirah tentang peranan insan mukmin dalam membina masyarakat bertakwa.

Selepas itu, para peserta menikmati sarapan roti canai yang disediakan secara gotong-royong oleh warga KIDaF dan sukarelawan kelab. Tengah hari pula, dihidangkan gulai daging umbut batang pisang yang juga dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk setempat dan ahli kelab, menggambarkan budaya muafakat dan persaudaraan yang begitu tinggi, menjadi simbol kesatuan hati umat Islam, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Orang beriman itu bagi orang beriman yang lain seperti satu bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain.”

Lebih istimewa, KBG2.0 turut menzahirkan keprihatinan terhadap isu Palestin melalui kutipan derma khas untuk Gaza, hasil sumbangan peserta, penaja dan jualan di gerai sepanjang program. Usaha ini diselaraskan oleh pasukan urus setia KIDaF dengan penuh amanah, membuktikan bahawa walau para bikers berada jauh dari tanah suci Palestin, namun hati mereka tetap dekat dengan perjuangan umat Islam di sana.

Dalam ucapan penutup, para penceramah menegaskan bahawa solidariti terhadap Palestin bukan sekadar simpati, tetapi satu bentuk jihad kemanusiaan membela saudara seagama dengan doa, kesedaran dan tindakan nyata. Seruan “Ride for Palestine” yang bergema sepanjang majlis menjadi simbol bahawa penunggang motosikal juga mampu menjadi agen dakwah dan pembela kebenaran melalui wadah ukhuwah dan amal kebajikan.

KBG2.0 berjaya mengangkat semangat perjuangan Islam dengan pendekatan yang segar dan penuh makna. Bukan sekadar perhimpunan permotoran, program ini turut menyediakan pelbagai aktiviti sunnah seperti memanah dan berkuda, selain pameran motosikal, booth kesihatan serta jualan komuniti yang menghidupkan suasana. Aspek keselamatan dan disiplin konvoi turut diberi perhatian, mencerminkan nilai Muslim sejati dengan mengawal bukan hanya jentera, tetapi juga akhlak dan tutur kata.

Program menutup tirai dengan solat Zohor berjemaah dan jamuan mesra, meninggalkan kesan mendalam kepada semua peserta. Dalam deruman enjin dan semangat persaudaraan, KBG2.0 membuktikan bahawa dunia permotoran mampu menjadi medium dakwah, menyemai kasih sayang, rendah hati dan rasa syukur dalam satu ikatan ukhuwah yang tulus.

“Menunggang itu ibadah, bersaudara itu kekuatan, dan perjuangan untuk Islam itu amanah.”

Semoga semangat KBG2.0 Solidariti Palestin ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh kelab permotoran di Malaysia untuk menjadikan aktiviti mereka bukan hiburan duniawi semata-mata tetapi jambatan menuju keredaan Ilahi dan pembelaan ummah.

Previous Post

Tiga Pakej Con-Rod Khas Untuk Yamaha Dari IKK, Tukar Sebelum Terlambat!

Next Post

Ditawarkan pada Tag Harga RM219,500, Hadir Dalam Satu Varian!

Next Post

Ditawarkan pada Tag Harga RM219,500, Hadir Dalam Satu Varian!

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved