Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Menikmati Juadah Dan Hidangan Istimewa Sambil Cuci Mata

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-01-14
in BULETIN, UTAMA
0

Salah satu program menarik yang dianjurkan oleh CRS Perak Official, Konvoi Jalan-Jalan Sambil Cari Makan ke arah utara Perak. Diadakan pada 8 Januari lalu, destinasi yang menjadi pilihan kali ini ialah Bandar Diraja Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Taiping.

Seawal jam 9 pagi, dianggarkan sebanyak 80 jentera RS15OR dan RS-X 150 yang diketuai oleh saudara Zam dan dibantu saudara Jay telah berkumpul di Vista Point sebelum memulakan perjalanan pada tepat jam 9.30 pagi. Destinasi pertama yang dituju ialah Warung Opah Puteh, Kg Jenalik yang terletak di sebelah Istana Bukit Chandan.

Warung Kepunyaan salah seorang sahabat CRS Perak Official iaitu Cikgu Saaid Hassan. Menu istimewa yang dihidangkan di sini ialah Nasi Lemak Royal di mana nasinya dimasak menggunakan beras Basmathi dan dimakan bersama ayam tandoori dan sambal udang yang sedap.

Kawasan ini juga sesuai menjadi kunjungan konvoi motosikal untuk bersarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Kehadiran konvoi juga disambut oleh pihak produksi Kuala Kangsar TV yang diketuai oleh Chor Azam yang aktif dalam memperkenalkan makanan-makanan sedap yang yang terdapat di negeri Perak.

Selepas menjamu selera dan bergambar kenangan bersama Cikgu Saaid, Chor Azam dan semua peserta, konvoi bergerak ke tempat-tempat menarik sekitar Bukit Chandan seperti Istana Kuning, Masjid Ubudiah untuk dijadikan kenangan bersama dalam lawatan ke Kuala Kangsar.

Manakala Padang Rengas pula menjadi lokasi kedua pilihan konvoi CRS Perak Official untuk menghadiri jemputan majlis perkahwinan anak salah seorang sahabat CRS Perak iaitu saudara Om. Sambutan yang diberikan tuan rumah sangat meriah dan menu makanan yang sediakan sungguh sedap. Selepas selesai makan tengah hari di majlis tersebut dan menunaikan solat zohor, konvoi meneruskan perjalanan ke Bandar Taiping sebagai destinasi terakhir pada hari tersebut.

Kedatangan konvoi disambut oleh sahabat dari Komuniti RS150 Raintanker yang diketuai oleh saudara Shahrul Naim dan dibantu oleh saudara Shaiful, Pak yob dan krew Raintanker yang lain. Para peserta dibawa ke Taman Tasik Taiping dan sekitar bandar Taiping untuk bergambar kenangan sebelum singgah ke Brader Cafe untuk makan petang.

Terima Kasih kepada pihak pengurusan Brader Cafe yang menyediakan tempat cukup selesa dan menu makanan yang lazat kepada peserta konvoi CRS Perak Official. Selepas selesai menjamu selera, konvoi tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan yang terakhir sebelum berangkat pulang ke Ipoh.

Di kesempatan ini saudara Zam mewakili Crew CRS Perak Official ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat pada konvoi kali ini. Diharapkan kita bertemu lagi pada konvoi yang seterusnya.

Perkongsian: Zam CRS Perak Official

 

Previous Post

Berharap Tahun 2022 Bakal Menebus Dan Melaksanakan Aktiviti Yang Tertangguh

Next Post

Khusus Buat Mangsa Yang Terjejas Di Kawasan Lembah Klang

Next Post

Khusus Buat Mangsa Yang Terjejas Di Kawasan Lembah Klang

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved