Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Mengujakan Dan Seronok Ditunggang

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-06-19
in SHOW OFF, UTAMA
0

Motosikal jenama Megelli memasuki pasaran Malaysia pada pertengahan tahun 2012 di bawah label Daiichi. Sebenarnya, Megelli diasaskan oleh Pengarah Urusan SLD UK Ltd, Barry Hall dari United Kingdom. Semua kerja berkaitan kejuruteraan dan rekaan motosikal Megelli dilakukan di United Kingdom. Sementara proses pemasangan akhirnya dilakukan di China dengan pengawasan rapi.

Menerusi penggunaan kerangka Trellis dan bentuk badan yang bersudut, jentera ini jelas membawa pengaruh jentera Itali ke dalam rekaannya. Ditambah dengan warna merah yang digunakan, motosikal ini mampu menarik perhatian dengan mudah. Megelli 250SR turut memberi keselesaan kepada penunggang.

Duduk sahaja di atas motosikal ini, penunggang disediakan dengan pelana yang cukup selesa. Bahagian bawah badan dipegang dengan baik melalui lengkungan yang ada. Rekaan ini boleh dirasa dengan jelas dan pastinya dihargai ketika memecut dan terpaksa mengharung perjalanan yang jauh.

Selain itu, bahagian hendal pula diletakkan pada posisi yang agak tinggi untuk memberi kedudukan lebih releks sepanjang waktu menunggang. Megelli 250SR menggunakan khidmat enjin satu silinder dan sistem minyak karburetor. Sebaik sahaja enjin dihidupkan melalui pemula elektrik, bunyi kasar yang terhasil dan deruman ekzos seperti ekzos sport bagai menandakan motosikal ini sedia untuk beraksi secara agresif.

Kemasukan gearnya terasa agak ‘keras’. Walaupun seperti sedikit merisaukan bagi sesetengah orang, itu sebenarnya memang sudah menjadi sifat Megelli. Sebaik klac dilepaskan dan pendikit dipulas, waktu itu semua kerisauan hilang dan diganti dengan keterujaan. Kuasa tarikan yang terhasil setiap kali menukar gear sememangnya memuaskan. Terutama jika anda seorang penunggang yang gemar menunggang dengan agresif.

Walaupun pada tahap pusingan enjin tinggi seperti 7,000rpm dan 8,000rpm, penunggang masih boleh menikmati kuasa sehingga tahap maksimumnya iaitu lebih sedikit daripada 10,000rpm. Kemudian, kerlipan lampu shift gear akan menyala, sekali gus menandakan sudah tiba masanya untuk penunggang menukar gear.

Jika dikerah sepenuhnya, Megelli SR mampu mencapai kelajuan 140 kilometer sejam (km/j). Turut membantu adalah berat yang telah dikurangkan melalui penggunaan bahan aluminium. Misalnya, pada bahagian lengan ayun.

Penunggang boleh menunggang motosikal ini di selekoh dengan yakin, hasil daripada penggunaan sistem gantungan suspensi monoshock untuk roda belakang dan penyerap hentak ‘terbalik’ (upside down) di hadapan. Tambahan pula, unit tunggang uji ini dilengkapi tayar Pirelli Sport Demon buatan Brazil.

Dari segi penggunaan minyak, saya tidak berani untuk memberikan angka yang tepat. Sebabnya, tiada meter yang disediakan untuk menunjukkan paras minyak di dalam tangki. Cuma ada lampu amaran sahaja. Daripada pengalaman tunggangan saya, dari lampu amaran mula menyala, isian sebanyak RM13 mampu bertahan hampir 140 kilometer sebelum ia menyala semula.

Walaupun kuasa maksimum Megelli SR sedikit terhad, ia tetap mengujakan dan seronok ditunggang. Ada kalanya kuasa tidak menentukan kepuasan bagi semua. Saya percaya jika anda inginkan sesuatu yang lebih, pasti ada langkah yang boleh diambil.

Megelli 250SR
Spesifikasi
Enjin : 249.6cc, silinder tunggal, karburetor, empat injap OHC
Transmisi : Enam kelajuan, klac basah dan multi plat
Kuasa maksimum: 26hp @ 8,500rpm
Tork maksimum :22.8Nm @ 7,000rpm
Berat kasar : 122kg

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 1

Previous Post

Salah Satu Usaha Merancakkan Pertumbuhan KTM Di Negara Itu Dan Rantau ASEAN

Next Post

Gaya Tunggangan Ala-ala Motorcross Dengan Pengendalian Yang Lebih Meyakinkan

Next Post

Gaya Tunggangan Ala-ala Motorcross Dengan Pengendalian Yang Lebih Meyakinkan

CAPAIAN

  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved