Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Gaya Tunggangan Ala-ala Motorcross Dengan Pengendalian Yang Lebih Meyakinkan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-06-19
in SHOW OFF, UTAMA
0

Jenama motosikal daripada Austria ini KTM sudah tidak asing lagi dalam sukan permotoran. Lebih-lebih lagi selepas mencatat nama dalam perlumbaan Moto GP, motorcross serta rali terkenal seperti Paris-Dakar. Dengan pengalaman mencecah lebih tujuh dekad bergelumang dalam industri automotif, jenama KTM nampaknya semakin gah dan matang terutama dalam menghasilkan jentera dua roda berkuasa tinggi.

Motosikal KTM sebelum ini memang sinonim dengan jentera lasak melalui model kembara atau motorcross. Namun, revolusinya semakin ke hadapan dalam pembikinan motosikal apabila menampilkan rekaan sporty serta menerapkan imej futuristik. Ini sekali gus memberi kesan positif dalam usaha mengukuhkan jenamanya.

Di Malaysia, motosikal KTM mula mendapat tempat di hati dan menjadi buah mulut peminat jentera dua roda selepas dua modelnya menjalani proses pemasangan tempatan (CKD). Salah satu modelnya ialah KTM 690 Duke yang menggunakan enjin silinder tunggal dan dijamin mampu menggalas tugas dengan sempurna bagi menyalurkan prestasi terbaik.

Berbanding motosikal kategori naked di negara ini, hanya KTM 690 Duke menggunakan enjin silinder tunggal bagi jentera melebihi 500cc. Teknologi itu mempunyai kelebihan tersendiri. Ini dikukuhkan lagi apabila banyak jentera KTM menjuarai sukan permotoran dunia.

Tidak dapat dinafikan bahawa reka bentuknya kelihatan seperti KTM 200 Duke. Namun, kerangkanya lebih besar dan tinggi untuk menyesuaikan sesaran enjin yang melebihi kapasiti 500cc. KTM 690 Duke ini tampil dengan wajah lebih berani. Bentuknya sedikit pendek, tetapi ia tetap mengekalkan penampilannya yang garang. Imejnya sangat berbeza dengan model terdahulu yang menerapkan reka bentuk tajam, terutama pada bahagian hadapan dan belakang.

Motosikal yang dikenali sebagai `Katoom’ oleh peminat tempatan ini turut menawarkan gaya tunggangan seperti motorcross kerana kedudukan tangan yang agak terbuka. Biarpun kedudukannya sedikit tinggi, penunggang akan lebih yakin untuk mengendalikannya dalam menguasai laluan berselekoh.

Rahsia pengendalian mantap itu berpunca daripada gabungan suspensi jenama WP, selain kombinasi tayar serta rim besar untuk meningkatkan kestabilannya. Brek berprestasi jenama Brembo dengan Sistem Antikunci Brek (ABS) turut membuatkan penunggangnya berasa yakin ketika hendak mengurangkan kelajuan dalam tempoh singkat.

Jika mahu menunggang di kawasan sesak, motosikal ini langsung tidak memberi masalah untuk menyusuri di celah kenderaan dengan mudah dan selamat. Malah, tempat duduknya dengan rekaan sedikit lebar turut memberi keselesaan untuk tunggangan jarak jauh. Kombinasi tayar yang sedikit besar itu juga memberi keyakinan untuk mengambil selekoh walaupun jentera ini nampak agak tinggi.

Apa yang menarik dengan KTM 690 Duke adalah apabila pendikitnya menggunakan sistem ‘tunggangan-dengan-wayar’ (ride-by-wire). Sekali gus membuatkan penunggang berasa teruja kerana ia bertindak balas dengan cepat sebaik pendikit minyak dipulas secara agresif. Kuasa yang dibekalkan oleh unit enjinnya juga sungguh mantap kerana tangan pasti akan terasa lenguh untuk menahan daya tujahannya.

Berat jentera sejumlah 150 kilogram dengan kuasa maksimum mencecah 67 kuasa kuda itu adalah kombinasi terbaik bagi membuatkannya terasa ringan untuk memecut. Ia juga mengambil masa singkat untuk memecut sehingga 160 kilometer sejam (km/j), tetapi penunggangnya terpaksa membongkokkan badan sedikit bagi mengelak daripada rasa ditolak oleh angin dengan ketara.

KTM 690 DUKE
Spesifikasi
Enjin : Bersesaran 690, silinder tunggal dengan cecair penyejuk
Kuasa maksimum : 67hp
Transmisi : Enam kelajuan
Suspensi hadapan/belakang : Jenama WP
Kapasiti tangki : 14 liter
Berat keseluruhan : 149.5 kg

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 1

Previous Post

Mengujakan Dan Seronok Ditunggang

Next Post

Berupaya Memecut Sehingga 100km/j, Nex Tetap Stabil

Next Post

Berupaya Memecut Sehingga 100km/j, Nex Tetap Stabil

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved