Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Menghimpunkan Seramai 1,200 Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi, Tertinggi Selepas Covid-19

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-12-13
in BULETIN, UTAMA
0

Keindahan Pulau Langkawi dan kehebatan kisah lagenda sumpahan Mahsuri sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia amnya dan Kedah khususnya. Pulau sumpahan ini juga terkenal dengan beberapa lokasi menarik yang sesuai dikunjungi bersama famili mahupun rakan-rakan untuk berehat dan tidak kurang juga ‘healing’ bak kata generasi muda sekarang.

Justeru itu, tidak hairanlah bila mana kelab-kelab permotoran menjadikan Langkawi ini sebagai salah satu destinasi yang sesuai untuk dikunjungi dan melakukan pelbagai aktiviti menarik. Tidak ketinggalan, kelab permotoran Langkawi Street Glide Malaysia (SGM) yang diketuai oleh Ridzwan Bin Abdul Rahman yang telah sepakat bersama rakan-rakannya menganjurkan Langkawi International Bike Fest 2023 pada 23 November hingga 26 November lalu.

Beliau yang merupakan anak jati Pulau Langkawi bersama rakan-rakannya sepakat untuk memberikan peluang kepada para peserta bercuti dengan rakan dan famili masing-masing. Dalam masa yang sama, mengeratkan ikatan silaturahim dan juga mengukuhkan ukhuwah yang sedia terjalin dalam kalangan pemilik motosikal.

Program dimulakan dari 23 November yang mana menyaksikan para peserta dari selatan sampai utara mula berkumpul di dermaga pelabuhan Kuala Kedah untuk menaiki RO-RO feri yang membawa jentera masing-masing ke Pulau Langkawi. Ada di antara rider yang datang dari Johor dan memulakan perjalanan di awal pagi hari Rabu dan bermalam di Kuala Kedah. Tidak kurang juga yang bergerak dari Johor selepas waktu bekerja, sekitar pukul 8.00 malam hari Rabu.

Kesemua peserta dari selatan sampai ke utara berkumpul di Kuala Kedah sekitar jam 12.00 tengah hari kerana RO-RO atau feri dijadualkan bergerak pukul 1.30 petang. Sebelum para peserta menaiki feri yang membawa kenderaan ke Langkawi dengan segala dokumen kenderaan harus lengkap untuk pemeriksaan pihak Kastam. Kesemua dokumen ini perlu diserahkan di kaunter tiket selewat-lewatnya 3 jam sebelum perjalanan atau sehari sebelum menaiki feri kenderaan.

Bagi makluman, beberapa tahun dahulu hanya ada kargo melalui Kuala Kedah untuk membawa kenderaan ke Langkawi yang memakan masa selama 24jam. Kini, sudah ada perkhidmatan RO-RO feri yang melalui Kuala Kedah untuk membawa kenderaan para penumpang ke Pulau Langkawi selain daripada Kuala Perlis. Ada juga peserta LIBF23 menaiki RO-RO feri pada 24 November melalui Kuala Perlis pada hari berikutnya.

Lebih 800 pemilik motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara serta negara-negara jiran seperti Thailand dan Singapura, berkampung di pulau pelancongan ini sempena Langkawi International Bike Fest 2023. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini dipercayai berjaya mencatatkan penyertaan terbesar pernah diadakan di pulau legenda itu anjuran Street Glide Malaysia (SGM) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi di mana pendaftaran keseluruhan berjumlah 1,200 orang peserta. Berdasarkan rekod, kali terakhir Langkawi menghimpunkan seramai 600 pemilik motosikal berkuasa tinggi adalah beberapa tahun iaitu sebelum covid-19.

Menurut Presiden SGM, Ridzwan Abdul Rahman berkata, “antara inisiatif penganjuran festival ini ialah untuk menyatukan pemilik motosikal berkuasa tinggi dengan motosikal bawah 250cc boleh bersatu dalam dunia permotoran dan merancakkan promosi pelancongan tempatan. Membuka pintu pelancongan di mata dunia sekali gus menjadi duta kecil memperkenalkan dan mempromosi Pulau Langkawi kepada peserta luar negara.”

“Pelbagai pengisian disusun termasuk buat julung kali, seramai 100 peserta terpilih bersama motosikal berkuasa tinggi dibawa dengan feri penumpang/kenderaan (RO-RO) bersantai di Pulau Tuba pada 24 November dan acara memberi sumbangan pada asnaf yang dipilih pihak Ketua Kampong Pulau Tuba. Acara ini berlangsung di Dewan Serbaguna Kg Desa Keda Teluk Berembang di Pulau Tuba.”

“Hari ketiga, Sabtu 25 November, semua peserta berkonvoi dan berkumpul di MAHA TOWER untuk acara mengelilingi Langkawi sambil singgah di Dataran Chenang, Tanjung Rhu dan Dataran Lang di Kuah,” katanya ketika ditemui di sini. Seterusnya acara kemuncak jamuan makan malam dan cabutan bertuah sebuah motosikal Yamaha Y16 dan LC135 yang dinantikan para peserta LIBF23.

Ridzwan berkata lagi, berbekalkan kejayaan penganjuran LIBF2023 ini, pihaknya yakin Langkawi akan terus menerima kunjungan dari persatuan-persatuan permotoran dari seluruh negara sebagai destinasi percutian. Program LIBF ini juga mampu mendidik orang ramai tentang motosikal dan cara menunggang secara berhemah agar tidak terbabit dengan cara penunggangan berbahaya di jalan raya seperti merempit dengan menjemput Hj Wazi Hamid, lagenda Cub Prix. Beliau turut memberi sedikit tips mengendalikan motosikal serta skill riding di atas jalan raya.

“Insya-Allah, acara seperti ini akan diteruskan di tahun akan datang. Ribuan terima kasih kepada semua penaja untuk LIBF23.”

Pada hari berikutnya iaitu 26 November, semua peserta bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Ada yang pulang menerusi RO-RO feri Kuala Perlis dan ada juga yang melalui RO-RO feri Kuala Kedah.

Perkongsian
~ kNor ~

Previous Post

Orang Lama Kembali Lagi, Menghidupkan Semula Nostalgia!

Next Post

Kembara NVOG Bersama Rakan-Rakan, Terokai Keindahan Pergunungan Himalaya

Next Post

Kembara NVOG Bersama Rakan-Rakan, Terokai Keindahan Pergunungan Himalaya

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved