Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Menang Di Trek Kegemaran, Hadiah Kampung Halaman

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-09-26
in BULETIN, UTAMA
0

Pusingan ketujuh Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix telah berlangsung di Litar Permotoran Terengganu dan menyaksikan Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing meraih kemenangan untuk kategori CP150.

Perlumbaan bermula dengan Afif di kedudukan P1 diikuti oleh rakan sepasukannya, Akid di P2. Di P3 adalah Faiz. Sebelum berakhirnya lap kedua, Akid memintas Afif. Di P4, Iqbal cuba mendekati Faiz sebelum dipintas oleh Izzat. Di lap kelima, Izzat membuka langkah untuk memintas Faiz dan berjaya ke P3. Sementara itu, pelumba-pelumba sepasukan yang berada di hadapan meneruskan perlumbaan secara konsisten. Walaupun Afif memberikan tekanan kepada Akid, Akid tidak mengalah dan tampil dengan strategi yang mantap untuk mengekalkan kedudukannya.

Di P4, Faiz cuba menutup jurang dengan Izzat tetapi Haziq di P5 memintas Faiz sebelum terjatuh. Kasma di lap 5 mula mengejar Faiz sebelum memintasnya. Tujuh lap lagi untuk menamatkan perlumbaan, Akid dan Afif masih di kedudukan yang sama dengan jurang 0.084s. Kasma mula mendekati Izzat di lap ke-15 dan berjaya memintasnya dari dalam di selekoh pertama. Izzat mengalami masalah jentera dan tidak dapat menamatkan perlumbaan.

Di lap terakhir, Afif teruskan saingannya dengan Akid sebelum membuka langkah untuk memintas dari dalam. Akid hampir hilang kawalan tetapi berjaya mengawal jenteranya. Afif meneruskan perlumbaan sebelum menamatkannya di kedudukan pertama pada 16’20:549s. Rakan sepasukannya, Md Akid Aziz menamatkan perlumbaannya di kedudukan kedua dengan catatan masa 16’21:313s. Kasma Daniel Kasmayuddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 16’27:926s.

Bagi kategori CP125, Md Adie Putra Sukarno dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor telah menyahut cabaran di Litar Permotoran Terengganu sebelum menyambut kemenangan. Di sesi “Shoot-Out” Khairi Ashraf dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing team mencatatkan masa terpantas pada 50’773s diikuti oleh rakan sepasukannya Shafiq Ezzariq di kedudukan kedua dengan catatan masa 50’795s. Adie Putra mengambil kedudukan ketiga di grid dengan catatan masa terpantas pada 50’999s.

Bermulanya perlumbaan, Adie dengan pantas mengambil kedudukan pertama diikuti oleh Fareez di P2. Sebelum berakhirnya lap tersebut, Fareez dan rakan sepasukannya Shafiq Ezzariq memintas Adie dan masing-masing mengambil kedudukan P1 and P2. Di P4, Aliff Daniel cuba merapatkan jurang di antara Adie. Berbaki 11 lap, Adie yang tidak putus asa memintas Shafiq Ezzariq di selekoh pertama sebelum memintas Fareez dari dalam untuk mengambil kedudukan P1. Fareez hilang kawalan dan juga kedudukannya.

Berbaki 8 lap, Aliff berjaya menutup jurang di antara Shafiq dan memintasnya. Adie masih hebat mempertahankan kedudukannya di P1. Aliff kemudiannya mula memberikan tekanan kepada Adie dan memintasnya buat seketika sebelum Adie kembali ke P1. Shafiq Ezzariq di P3 masih tidak mendapat peluang untuk ke depan. Berbaki 3 lap, Aliff hanya 0.077s daripada Adie. Di lap ke-13, Aliff tergelincir dan ini memberikan peluang untuk Shafiq Ezzariq mara ke P2.

DI lap terakhir, Adie meneruskan momentumnya dengan jurang 0.693s dari Shafiq Ezzariq sebelum meraih kemenangan dengan catatan masa 12’55:820s. Di tempat kedua adalah Md Shafiq Ezzariq dengan catatan masa 12’56:577s. Md Aiman Tahiruddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 12’56:789s.

Sementara itu, Emil Idzhar Ezuan dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing menyambut kemenangan di Litar Pemotoran Terengganu bagi kategori Wira KBS. Perlumbaan bermula dengan Adib Hareez berada petak grid pertama selepas mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan semalam. Di petak grid kedua adalah rakan sepasukan iaitu Farish Iqmal diikuti oleh Emil dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing di petak grid ketiga.

Sejurus bermulanya perlumbaan, Adib dengan pantas mengambil kedudukan P1 diikuti oleh Emil di P2. Sebelum berakhirnya lap pertama, Emil berjaya memintas Adib. Malangnya, Adib tergelincir di selekoh pertama dan rakan sepasukannya mengambil peluang di kedudukan P2. Di P3, Amirun cuba mencari peluang untuk memintas tetapi kedua-dua pelumba di hadapannya hebat mempertahankan kedudukan mereka. Iqram Danish pada ketika itu cuba menutup jurang dari P4.

Berbaki 6 lap, Emil tampil hebat di P1 dengan Farish di belakang dengan jurang 0.166s. Berbaki 4 lap, Amirun membuka langkah dan mengambil kesempatan untuk memintas Farish di selekoh 1. Di lap ke-9, Amirun mula menggunakan strateginya untuk menutup jurang. Namun begitu, Emil tidak memberikan peluang. Di lap terakhir, Amirun mencuba lagi untuk memintas Emil tetapi Emil mengelak sebarang kesilapan yang akan membuka peluang kepada Amirun.

Tiba di selekoh terakhir, Emil memecut ke garisan penamat dengan catatan masa 10’37:570s. Amirun Haziq Johan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing mengambil tempat kedua dengan catatan masa 10’37:614s. Md Farish Iqmal mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 10’37:761s.

Keputusan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix
Terengganu, Pusingan-7

CP150
1. Ahmad Afif Amran, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 16:20.549
2. Md Akid Aziz, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 16:21.313
3. Kasma Daniel Kasmayudin, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 16:27.926

CP125
1. Md Adie Putra Sukarno, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 12:55.820
2. Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam, JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM, 12:56.577
3. Md Aiman Tahiruddin, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 12:56.789

Wira KBS
1. Emil Idzhar Ezuan, YAMAHA ESTREMO 27 RACING, 10:37.570
2. Amirun Haziq Johan, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 10:37.614
3. Md Farish Iqmal Khayrul Elyas, BAD LAB HONDA KC RACING, 10:37.761

Previous Post

Mengunjungi Lokasi Menarik, Mencipta Kenangan Dan Menguji Kekuatan

Next Post

Jadi Tumpuan Para Peserta Luar & Dalam Negara!

Next Post

Jadi Tumpuan Para Peserta Luar & Dalam Negara!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved