Bermula dengan permasalahan ruangan berhimpun yang agak kecil hingga memaksa penganjuran Jerai Scooter Day 2023 yang sepatutnya berlangsung di kaki gunung terbabit berpindah ke lokasi yang lebih besar. Hal sedemikian tidak mengugat penganjuran kali pertama yang menghimpunkan jenama-jenama skuter ke sini dan permasalahan itu diselesaikan demi memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir dan juga keselamatan pengunjung kaki Gunung Jerai itu sendiri.
Menurut wakil penganjur Wan Mieyyol & YHS Autopart-69Garage, Adi Yamin Yazid, penganjuran yang pada asalnya berlangsung di kaki gunung terpaksa bertukar lokasi ke Dataran Perwaja di Gurun selepas mendapat maklum balas positif dengan kehadiran ramai pemilik motosikal skuter ke sini.
“Kami menjangkakan seramai 50 kelab skuter akan hadir ke Jerai Scooter Day hujung Oktober ini. Buat masa sekarang, terdapat 35 kelab yang sudah mengesahkan kehadiran mereka ke tapak majlis itu nanti,” ujar Adi Yamin ketika mengulas isu awal pertukaran logistik majlis terbabit.
Menurut Adi Yamin, majlis itu dijangka akan disempurnakan perasmian oleh Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan dihadiri hampir 3 ribu pemilik skuter dari pelbagai jenama ke tapak ini.
Untuk info, Dataran Perwaja di Gurun dipilih selepas lokasi itu mampu menampung jumlah peserta yang hadir pada majlis Jerai Scooter Day. Selain itu, lokasi untuk ke Gunung Jerai juga tidaklah terlalu jauh dan mereka masih lagi boleh meneroka atau bermotosikal ke puncak gunung untuk merakamkan momen menarik bersama skuter masing-masing.
Jerai Scooter Day 2023 merupakan penganjuran kali pertama yang dianjurkan oleh pihak Wan Mieyyol & YHS Autopart-69Garage merupakan inisiatif dan juga galakan dari pemilik motosikal skuter dari seluruh negara. Selain dari itu, kami juga turut mengeluarkan baju-T rasmi dengan logo Jerai Scooter Day manakala bagi pertandingan motoshow pula terdapat 6 kategori yang dipertandingkan selain jualan aksesori skuter, pakaian, pelbagai juadah makanan serta terdapat 25 khemah jualan tersedia pada penganjuran tersebut.
“Sebanyak 6 kategori motorshow dipertandingkan manakala bagi mereka yang hadir, anda juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dalam cabutan bertuah atau memiliki sehelai baju rasmi Jerai Scooter Day pada kadar harga yang berpatutan,” ujar Adi Yamin lagi.
Motif dan misi utama oenganjuran Jerai Scooter Day yang diadakan buat julung kali di Dataran Perwaja, Gurun di sini bertujuan memupuk ukhuwah dan silaturahim antara pemilik skuter pelbagai jenama selain bertukar pendapat serta menaikkan imej dan kreativiti keseniaan pada skuter masing-masing.
Antara penaja yang hadir memberi sokong pada penganjuran Jerai Scooter Day pada 28 Oktober depan seperti Masviral, Taikom, minyak pelincir jenama Estremo, Scootigan, Hypertech, VRX serta banyak lagi.