Berbaki dua perlumbaan, Fabio Quartararo berjaya mengesahkan gelaran sebagai juara dunia MotoGP buat pertama kalinya di Grand Prix Emilia Romagna. Pelumba muda yang baru sahaja berusia 22 tahun ini bermula agak kurang cemerlang di awal musim terutamanya menerima cabaran dari pencabar terdekat, Fabio Bagnaia.
Pada pusingan ini menyaksikan aksi cemerlang dari Marc Marquez yang turut muncul sebagai juara sekaligus mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut dan yang ketiga untuk musim ini. Nasib pula tidak menyebelahi Francesco Pecco Bagnaia apabila terlibat dalam kemalangan.
Dalam pusingan yang sama menyaksikan detik bersejarah buat Valentino Rossi yang menyudahkan cabaran musim terakhirnya di Itali di tempat yang ke-10. Kejayaan ini pastinya mengubat rindu Rossi malah para peminatnya di seluruh dunia melihat beliau di sepuluh tempat terbaik.
Mata keseluruhan yang diperolehi pelumba dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP ini mengesahkan gelarannya sebagai juara MotoGP untuk musim ini. Tahniah Fabio Quartararo.
Sumber : MotoGP