Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

LEXIN Merdeka Ride 2026 Himpunkan Komuniti Permotoran Seluruh Negara di Selama, Perak

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-09-04
in BULETIN, UTAMA
0

Semangat Merdeka telah diraikan dengan cara tersendiri apabila acara LEXIN Merdeka Ride 2026 berjaya menghimpunkan para peserta yang dipenuhi warna, persaudaraan dan aktiviti menarik di Selama, Perak. Perjalanan acara ini bermula dari Petron Rawang sebelum peserta bergerak menuju ke Petronas Tapah yang menjadi titik pertemuan utama bagi bikers dari pelbagai negeri untuk berkumpul, beramah mesra dan membuat persiapan sebelum pelepasan (flag-off).

Dari Tapah, para peserta konvoi telah bergerak secara berkumpulan menuju ke rumah Tuan Yusni (Master Yus). Beliau merupakan pemilik Amir BM Char Kuey Teow dan kehadiran bikers yang memenuhi lokasi telah memeriahkan suasana serta mencerminkan kekuatan ukhuwah komuniti.

Setibanya di lokasi, majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat sebelum para peserta menikmati jamuan yang disediakan dalam suasana santai, mesra, dan penuh semangat kekeluargaan. Selain mempertemukan bikers daripada pelbagai latar belakang, acara ini turut diserikan dengan kehadiran pempengaruh terkenal dalam kalangan bikers Malaysia, Cikgu Joe Satun, yang mencetuskan suasana lebih menghiburkan serta menjadi tarikan kepada peserta yang hadir.

Detik paling istimewa dalam program ini ialah kehadiran CEO LEXIN dari China, Tuan Jacky, yang turun padang untuk berinteraksi secara terus dengan pengguna dan peminat jenama tersebut. Di samping itu, pelbagai aktiviti interaktif turut disusun bagi menguji pengetahuan, kemahiran dan semangat kesukanan peserta, antaranya Kuiz LEXIN, Teka Motor serta Slow Race Adventure.

Kemuncak acara disemarakkan lagi dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik daripada LEXIN. Antara hadiah utama yang menjadi tarikan dan mencetuskan keterujaan para peserta ialah unit interkom LEXIN merangkumi model G1, G2P dan model premium MT-X.

Kejayaan penganjuran LEXIN Merdeka Ride 2026 ini dijayakan menerusi usaha Tuan Dawie LWB selaku penganjur. Beliau membawa pendekatan yang menggabungkan elemen konvoi, komuniti, hiburan, permainan, interaksi bersama jenama dan pengalaman bikers, sekali gus membuktikan bahawa aktiviti permotoran boleh dikembangkan menjadi sebuah platform yang lebih tersusun dan profesional.

Secara keseluruhannya, acara dengan penyertaan bikers dari seluruh Malaysia ini bukan sahaja meninggalkan kenangan di atas jalan raya, tetapi menyampaikan mesej bahawa semangat Merdeka adalah tentang kebebasan berkawan, berkongsi minat dan membina persaudaraan tanpa mengira jenis motosikal atau latar belakang.

Berteraskan slogan “Satu ride. Satu komuniti. Satu semangat Merdeka. LEXIN Merdeka Ride 2026, “Ride Together, Ride With Pride” program ini membuktikan komuniti permotoran Malaysia sentiasa besar, aktif dan penuh semangat.

Previous Post

Himpunan Pelbagai Motosikal, Semarak Patriotisme Berkibar Megah

CAPAIAN

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved