Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Lebih Ringan Dengan Kuasa Yang Telah Dipertingkatkan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-11-12
in BULETIN, UTAMA
0

Honda telah memperbaharui skuter Honda X-ADV model 2021 untuk pasaran Eropah. Perubahan ini bukan sahaja dari sudut kosmetik, malah Honda X-ADV ini turut diubah secara menyeluruh termasuk pengurangan pada beratnya. Dilaporkan, ia lebih ringan 3kg berbanding model sebelumnya sekali gus menjadikan skuter adventure ini lebih efisen dalam menyalurkan tenaga dan penggunaan bahan api.

Konfigurasi enjin masih sama dengan model generasi pertama, penyejuk cecair sejajar berkembar yang menggantikan 745 cc tetapi dinaikkan sehingga 4 hp dengan mengeluarkan 57.8 hp pada 6,750 rpm dan tork 69 Nm pada 4,750 rpm. Ia juga mematuhi standard Euro 5 dan mengaum sehingga 7,000 rpm.

Bagi transmisi pula, ratio untuk kotak gear DCT 6-kelajuan dengan mode manual serta butang tekan telah ditukar untuk meningkatkan pemecutan menerusi gear 1, 2 dan tiga. Ratio atas juga digantikan untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dengan gear 4, 5 dan 6 lebih tinggi.

Dilengkapi dengan throttle ‘ride-by-wire’ dan penunggang boleh memilih salah satu dari lima mode iaitu Standard, Sport, Rain, Gravel dan User. Dalam empat mode yang pertama, memberikan kuasa, brek enjin, kawalan cengkaman dan memiliki setting ABS. Manakala mode User pula, penunggang boleh menala parameter mengikut kesesuaian dengan kawalan cengkaman tiga peringkat dan boleh-ubah.

Dari segi penggayaan pula, Honda X-ADV masih mengekalkan konsep sebelumnya tetapi kesemua panel diberikan dengan imej jauh lebih agresif termasuk lampu depan LED dan day time running light (DRL). Tempat duduk pula telah diubah untuk membolehkan penunggang menurunkan kaki dengan lebih mudah pada ketinggian 820mm. Bahagian windshield pula didatangkan dengan lima posisi yang boleh diubah secara manual.

Pada bahagian kokpit dilengkapi dengan skrin TFT-LCD 5 inci berwarna dengan pelbagai maklumat yang diperlukan oleh penunggang. Modul pilihan membolehkan penunggang menghubungkan telefon pintar dan headset (tidak disediakan) ke X-ADV. Sistem Honda Smartphone Voice Control membolehkan panggilan dibuat, menerima emel, navigasi serta memainkan muzik menerusi arahan lisan.

Honda X-ADV memiliki rangka baru yang lebih ringan 1kg berbanding model sebelumnya. Ruang simpanan di bawah tempat duduk lebih luas dengan kapasiti 22 liter, muat untuk helmet muka penuh. Selain itu, Honda X-ADV ini turut didatangkan beberapa kemudahan lain seperti kunci pintar, Emergency Stop Signal (ESS) yang akan mengelipkan lampu ketika pemberhentian keras dan lampu isyarat yang dimatikan sendiri setelah membelok serta tangki bahan api berkapasiti 31.2 liter.

Previous Post

Positif Anabolic Stereoid Ketika Perlumbaan MotoGP Malaysia Tahun Lalu

Next Post

Skuter Elektrik BMW Motorrad

Next Post

Skuter Elektrik BMW Motorrad

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved