Kedua-dua jentera dari Honda ini, CRF250R dan CRF250RX dibina sebagai jentera lumba yang bertanggungjawab memenangi gelaran Regional AMA 250SX Supercross sebanyak 9 kali dan dua kejuaraan AMA 250MX Championships, prestasi CRF250R tidak boleh disangkal lagi. Begitu juga dengan CRF250RX, yang berjaya dengan AMA National Grand Prix Championship (NGPC) Pro 250 dan Grand National Cross Country series (GNCC).
Bagi memastikan CRF250 kekal berada di hadapan, Team Red telah membina semula DOHC, enjin tunggal 249cc dengan penyejuk cecair, injap pemasa baru, salur pengambilan udara yang dimodifikasi dan straightened exhaust port. Versi ini meluaskan lagi tork dan menguasakan lebih 20% kuasa pada 6,500 rpm. Walaupun peluasan ini lebih menumpukan kelajuan ketika berada di selekoh, CRF250R dan CRF250RX tidak hilang mana-mana kuasa kudanya.
‘Meminjam’ dari flagship CRF450R, pasukan ini turut melakukan overhauled ke atas chasis CRF250R dan CRF250RX untuk versi 2022 ini. Honda bukan sahaja mengoptimakan karakter kerangka tetapi turut mengurangkan berat sebanyak 8 paun, di mana beratnya sekitar 229-poun (CRF250R). Kerja-kerja penanggalan badan motosikal ini juga membantu penunggang untuk berlumba di hujung minggu.
Pendek kata, kemaskini terbaharu ini bukan sahaja menajamkan lagi ketangkasan platform tetapi juga mengukuhkan lagi kestabilan. CRF250RX menerima kerangka sama yang baru dan telah dikemaskini. Bagaimanapun, tangki bahan api 2.1-gallon, handguards, suspensi, roda belakang 18-inci (berbanding CRF250R bersaiz 19-inci) dan model dengan spesifik ECU, sesuai dengan RX untuk pertandingan close-course.
Sumber : Rideapart