Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Lebih Ada ‘Jiwa’, Chopper Jadi Pilihan Asep

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-11-17
in BULETIN, UTAMA
0


Bercakap tentang Art Of Speed, pasti tiada nama lain yang melintas selain Asep Ahmad Iskandar. Seorang lejen yang memperhebatkan lagi lanskap Custom Culture (kustom kulture) di Malaysia. Semuanya bermula sekitar tahun 2011-2012, di mana Asep mendapati tiada acara yang menggabungkan motor dan kereta custom di bawah satu bumbung yang sama. Pada ketika itu, acara melibatkan kereta custom dikenali sebagai Autoshow dan motor pula meriah dengan Bike Week!

Berpeluang meluangkan masa bersama lejen kental Art Of Speed ini yang sudi berkongsi pengalaman dan cerita untuk Santai Rantai tajaan Evolube. Apatah lagi ianya dilaksanakan di Club House Art Of Speed, peluang ini digunakan sepenuhnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah serta perkembangan Art Of Speed dan juga pengalaman saudara Asep sendiri sebagai peminat motor. Bagaimana Art Of Speed bermula? Apakah motor pilihan hatinya? Dan tentu sekali, nasihat serta harapan beliau terhadap perkembangan kustom kulture di Malaysia.

Permulaan Art Of Speed
Sebagaimana para peminat kereta custom yang lain, Asep kerap melihat dan mengikuti perkembangannya dan tergerak hati untuk menganjurkan Art Of Speed di Malaysia. Sepanjang penganjuran acara ini, Asep paling tidak boleh melupakan penganjuran Art Of Speed pada tahun 2016 yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Steve Caballero. Susuk lagenda papan luncur (skateboarder) ini juga bermain motor. Bukan itu sahaja, penyertaan Vans yang membawa masuk Vans Triumph custom dari US telah dihantar secara terus ke Art Of Speed!

“Sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh kebanyakan para peminat custom di Malaysia secara dekat. Itu juga kali pertama Art Of Speed dapat motor terus dari US,” ujar Asep mengimbas kembali detik bersejarah itu.

Jika pernah berkunjung di sini, pasti anda dapat menemui barang-barang Mooneyes sehingga terdetik dalam fikiran, bagaimana Art Of Speed boleh berkolaborasi dengan nama besar ini?

Menurut Asep, pihak Mooneyes pernah menghantar emel kepada isterinya untuk bertanyakan tentang Art Of Speed dan ia agak mengejutkan. Beliau berkata lagi, pihak Mooneyes mendengar cerita tentang program custom yang dijalankan dan menghantar wakil. Ketika itu, wakil jualan antarabangsa untuk Steve Caballero datang dan sejak tahun 2012, bermulanya kolaborasi antara Mooneyes dan Art Of Speed. Tambahan pula, Asep sendiri meminati Mooneyes yang sememangnya lagenda bidang custom di mana syarikat ini telah bermula sejak tahun 1950 lagi. Benar-benar otai!

Bukan Destinasi Semata-Mata Tapi Keseronokan
Selain mengusahakan dan menumpukan fokus terhadap program-program serta perkembangan Art Of Speed, Asep juga tidak mengabaikan minatnya sendiri. Beliau sering menghadiri beberapa program luar termasuk di Thailand yang diadakan setiap tahun. Beliau kerap turun ke Thailand untuk mempromosikan Art Of Speed, antaranya mengunjungi Phuket Bike Week dan Pattaya Bike Week. Secara peribadinya, beliau merasakan program-program tersebut kurang berfungsi.

“Mungkin sebab pergi ke sana dengan Harley moden,” jelas Asep.

Beliau merasakan ride sebegini sepatutnya menggunakan chopper. Dengan menunggang chopper 1953 ke sana, beliau mahu membuktikan masih boleh sampai ke Thailand. Berbanding mereka di Thailand yang ternyata jauh lebih muda seharusnya tiada masalah untuk sampai ke Kuala Lumpur. Berceritakan pengalaman saat tiba di sana, beliau agak terkejut dengan penerimaan orang-orang siam yang memberikan layanan cukup istimewa dan dirasakan seperti hero.

“Layanan yang diberikan memang lain macam, memang istimewa.”

Mengimbas kembali perjalanan ke Thailand, beliau menunggang Panhead 53 Harley Davidson yang rigid dan tiada suspension. Walaupun sakit-sakit badan, itu hanya perkara biasa kerana apa yang penting adalah menunggang bukan kerana destinasi semata-mata tetapi keseronokan menunggang itu sendiri. Hanya orang yang gemar ride motor klasik atau custom chopper sahaja faham dengan hal ini. Berbanding mereka yang gemar menunggang motosikal sedap atau lega kerana mereka tidak akan faham dengan konsep ini.

“Bukan memperlekehkan tapi keterujaan menunggang itu sangat berbeza,” jelas Asep yang pernah menunggang Harley Davidson Dyna ke Pattaya sambil mendengar lagu tapi agak membosankan.

Keadaan ini berbeza apabila beliau menunggang chopper kerana perjalanan yang panjang tidak terasa. Beliau lebih menikmati penunggangan sambil diiringi bunyi enjin. Dalam masa sama, beliau juga sering memeriksa jika ada bahagian yang longgar. Tidak sempat berasa bosan atau penat kerana kerap berhenti untuk mengisi minyak. Kadang-kadang sahaja rasa bosan tetapi tetap tidak sama ketika beliau menunggang motosikal lega.

Nasihat Seorang Lejen Kepada Yang Baru Hendak Berjinak-Jinak
Tidak dinafikan semakin ramai bilangan peminat yang mula berjinak-jinak bermain custom dan sebagai seseorang yang dikenali sebagai lejen kustom kulture di Malaysia, Asep menasihati agar golongan ini bergaul dan kerap mengunjungi program Art Of Speed. Perlu benar-benar minat dan kenal dengan lebih mendalam, bukan sambil lewa. Dalam masa sama, perlu bersabar dengan proses custom. Jangan pakai motor harian sebagai motor custom. Begitu juga dengan kereta. Sediakan satu yang standard yang biasa dan satu lagi khusus untuk custom dan buat main.

“Satu motor tidak boleh buat semua benda, sebab itu pengeluar mengeluarkan bermacam-macam jenis motor. Cari motor yang lebih kurang sesuai.”

“Sebagai contoh, jangan beli Virago dengan harapan untuk jadikan sebagai scrambler. Dari sudut kreativiti, memang boleh tetapi kepuasan menunggang scrambler itu tidak akan sama seperti yang asal.”

“Jangan terlalu memikirkan tentang nilai jual semula atau resell value. Satunya kerana ia dibeli untuk main. Modal yang dibelanjakan adalah demi kepuasan. Kalau bermain untuk investment (pelaburan) lebih baik beli stock (motor standard).”

Bermain motosikal ada kebaikan dan keburukan yang pastinya akan ada macam-macam bahagian yang patah atau bersidai tepi jalan dan anda perlu bersedia sentiasa.”

Harapan Tentang Dunia Custom Di Malaysia
Sejak mula menganjurkan Art Of Speed sehingga sekarang, Asep merasakan masih tidak boleh dibandingkan dengan jiran-jiran tetangga Malaysia. Apatah lagi, pelaksanaan undang-undang sangat berbeza dengan pelbagai kekangan. Namun, kualiti custom di Malaysia boleh tahan.

Jika dilihat dari sudut pemahaman orang, dahulu lebih ramai melihat hanya di internet tetapi sekarang lebih mendalam. Dari sudut kuantiti juga sudah ada peningkatan walaupun tidak sepesat negara-negara lain seperti indonesia.

Bagi Asep sendiri, beliau lebih memilih kualiti berbanding kuantiti dan berharap ia (custom) akan berkembang dengan lebih besar. Beliau juga memahami kekangan yang ada. Pemain-pemain custom pun semakin ramai dan disebabkan itu di Art Of Speed, mereka selalu menerapkan “cross-culture” seperti pemain-pemain bundle atau preloved untuk diketengahkan. Secara tidak langsung, Art Of Speed menjadi jambatan atau platform untuk semua genre bersatu di bawah satu bumbung yang sama.

Previous Post

Aksi Licik Dan Lincah Pelumba-Pelumba Cilik

Next Post

Serlah Bakat Pelumba KW Motorsport Racing Academy Motor

Next Post

Serlah Bakat Pelumba KW Motorsport Racing Academy Motor

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved