Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

LC R1

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-01-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

LC R1?

Jika pergi melancong ke luar negara, saya gemar membeli majalah berkaitan automotif. Saya tidak gemar membeli belah dan anehnya kalau di hotel, saya suka menghabiskan masa dengan membaca majalah ini. Ketika kali pertama ke Jakarta pada tahun 1996 kalau tak salah, saya membeli sebuah tabloid bertajuk Otomotif. Negara dengan 270 juta penduduk ini ternyata menjadikan motosikal sebagai pengangkutan paling penting. Hal yang sama berlaku bagi sebuah kotaraya yang padat penduduk seperti Delhi, Bangkok dan Beijing.

Banyak motosikal bererti peluang perniagaan yang terbuka. Dari bengkel sehinggalah pengeluar peralatan dan aksesori. Dari pembacaan majalah Otomotif tadi, saya sedar yang pasaran aftermarket untuk motosikal underbone ini sangat besar. Maksud saya, betul-betul besar kerana hampir setiap helaian mukasuratnya terpampang iklan peralatan ini yang saling bersaing sama sendiri.

Lain halnya di Malaysia. Jenama seperti Racing Boy hanya kedengaran beberapa tahun lepas. Ia adalah permulaan kepada berkembangnya hobi mengubahsuai motosikal. Namun hadnya terhenti setakat peralatan bolt-on sahaja. Kerja-kerja fabrikasi dan custom sangat jarang dilakukan melainkan pemilik yang memiliki garaj sendiri dan melakukannya sebagai projek persendirian. Ia tidak pernah dikomersialkan.

Tak lama selepas itu entah dari mana tiba-tiba timbul motosikal buatan custom yang banyak. Sebahagian besarnya telah dibuat dengan begitu cantik menggunakan platform motosikal lama. Nah, bila melihat Yamaha R1 jadi-jadian ini, ia mengingatkan saya kedatangan ke Jakarta tadi. Di Malaysia, kita sudah kreatif dan maju.

Pemiliknya Lim Leong Heng dari Semenyih antara generasi terawal yang mencurahkan idea untuk mengubahsuai motosikal kepada bentuk baru. Memiliki bengkel membaiki motosikal adalah kelebihannya yang telah melahirkan banyak model ubahsuai yang cantik. Ia bermula dengan sebuah Yamaha LC135 generasi pertama klac tangan yang dibeli secara terpakai beberapa tahun lepas.

Bagaimana nak jadikan sebuah underbone kepada sportbike yang bentuknya 100 peratus berbeza? Ia adalah kerja rumit yang memerlukan akal yang panjang. Lim membuat sendiri bahagian-bahagian asas sebuah sportbike seperti hugger belakang, ‘tangki’ tiruan di tengah, visor dan laluan ekzos di bawah kerusi.

Kerja custom yang paling mencabar ialah menetapkan ruang yang cukup untuk menempatkan sepasang peredam bunyi Kozi yang dibuat khusus untuk motosikal ini. Ia dilakukan dengan ‘mengangkat’ bahagian belakang dengan pemasangan set monoshock Kayaba. Bahagian hadapan diubahsuai dengan sepasang fork Honda S1R. Cukup untuk memuatkan laluan paip ekzos melingkar di bawah kerangka.

Lengan ayun sebelah (single arm) belakang juga membantu memberi ruang yang lebih lantas membenarkan rim lebar dimasukkan. Rim 17 inci ini asalnya untuk sebuah kereta K-Car yang dimuatkan dengan tayar bersaiz 180 di depan dan 190 di belakang. Sebagai perbandingan, BMW F650FS, tayar belakangnya bersaiz 140 sahaja. Besar bukan?

Sistem brek dipertingkatkan dengan pemasangan set cakera penuh dari Racing Boy. Cukup untuk memberhentikan motosikal dengan enjin asal yang telah merudum kuasanya. Motor begini tidak diguna untuk berlumba, ia di pentas peragaan. Justeru beberapa penambahan telah dibuat seperti sprocket jenis berkembar, enjin yang dikromkan, meter digital dan konsep warna dan kemasan yang sporty.

Mat salleh kata ‘well said’ tapi lihat dengan mata, saya kata ‘well see’. Tengok aje dah tahu Lim ni ada kesungguhan yang bagaimana. Motor ini menjadi imej cub yang mempunyai imej yang mirip dengan sportbike.

Previous Post

Ilia Iryani, Stunter wanita satu dalam sejuta

Next Post

Haji Rock

Next Post

Haji Rock

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved