Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ilia Iryani, Stunter wanita satu dalam sejuta

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-01-10
in SHOW OFF, UTAMA
0

Ilia Iryani, Stunter wanita satu dalam sejuta

Raut wajah ayu bertemankan senyuman yang sentiasa terukir di bibir, bertudung litup dan sopan bicaranya, tidak seorang pun dapat menjangka bahawa wanita cilik ini memiliki bakat dan semangat tinggi yang luarbiasa. Ilia atau nama sebenarnya Ilia Iryani merupakan stunter (pelagak ngeri) wanita yang bukan lagi asing untuk sukan permotoran. Malah, tidak menjadi salah sekiranya Ilia diberi gelaran sebagai stunter wanita pertama Malaysia sekali gus menjadi perintis untuk sukan aksi lasak ini.

Satu dalam sejuta adalah kata-kata yang tepat menggambarkan Ilia saat bertemu beliau. Berbeza dengan pelagak ngeri wanita yang menempa nama menerusi laman sosial Facebook mahupun Youtube seperti Jessica Maine, Mai Lin dan Sarah Lezito, Ilia merupakan satu-satunya pelagak ngeri wanita yang mengekalkan ciri ketimuran dan tetap menjaga keterampilan seorang wanita muslimah. Secara tidak langsung membuktikan kepada masyarakat bahawa muslimah mampu melakukan apa sahaja asal tahu menjaga batas-batas yang ditetapkan.

Majalah RoadStar berpeluang menembual stunter wanita yang peramah dan sangat merendahkan diri. Ilia mempunyai pengalaman yang sangat menarik serta hebat untuk dikongsikan bersama para pembaca khususnya para peminat beliau sendiri. Diiringi rintik-rintik manja sang hujan, tidak sedikit pun menghalang wanita berjiwa kental ini beraksi khusus untuk tatapan pembaca RoadStar!

Kesempatan meluangkan masa bersama Ilia digunakan sehabis baik di mana beliau menceritakan detik-detik awal terjebak dalam dunia aksi lagak ngeri, pengalaman pertama, respon masyarakat, kekangan dan juga harapan untuk melihat aksi lagak ngeri ini sebagai sebahagian sukan permotoran di Malaysia;

Ilia mula menceburi bidang aksi lagak ngeri ini ekoran dari minat mencantikkan motor. Bagaimana ia boleh mencetuskan minat Ilia kepada sesuatu yang lebih serius dan berisiko tinggi?

Ilia memang suka mencantikkan motor. Skuter pertama Ilia telah diubahsuai penuh dari pelbagai aspek. Kebetulan ketika belajar di USM (Universiti Sains Malaysia), Ilia terlibat sebagai jawatankuasa penganjuran beberapa aktiviti dan bertanggungjawab mencari penaja. Dalam usaha mencari penaja, Ilia bertemu dengan RK-M yang mengeluarkan rantai motor. Di sana Ilia bertemu pula dengan Ku Fazli, penyelaras bahagian pengurusan acara anjuran RK-M. Beliau kemudiannya menawarkan Ilia menyertai Team Stunt RK-M. Awalnya Ilia diberi tunjuk ajar sebanyak 2 aksi dan lama-kelamaan, rasa serasi dan sehinggalah ke hari ini.

 

Siapakah insan yang bertanggungjawab dalam membawa Ilia ke dalam dunia aksi lagak ngeri ini?

Orang yang memperkenalkan bidang ini juga mempercayai bakat yang ada pada saya, Ku Fazli. Beliau memberi peluang dan membuka ruang untuk saya benar-benar serius dalam bidang ini. Semuanya bermula dengan tawaran beliau, saya menerima latihan di bawah Team Stunt RK-M selama 6 bulan serta berjaya mempelajari beberapa aksi sebelum menyertai pasukan Modenas dan kini, bergerak secara bebas pula.

 

Selain mempelajari teknik-teknik baru menerusi rakan-rakan, adakah Ilia menggunakan sumber lain sebagai rujukan?

Ilia banyak buat rujukan menerusi tontonan filem, rancangan tv dan juga menerusi internet. Rakan-rakan juga banyak membantu dalam memperkemaskan lagi aksi-aksi setiap kali kami berkumpul.

 

Kalau boleh diimbas kembali, acara manakah Ilia muncul buat pertama kali dan membuat persembahan di depan khalayak ramai? Bagaimana respon yang diterima dari para penonton ketika itu dan apakah perasaan Ilia sendiri?

Persembahan Ilia yang pertama adalah acara yang dianjurkan di USM sendiri. Ketika itu, Ilia fikirkan para penonton akan bersorak dan beri sokongan seperti biasa. Namun apabila selesai membuat persembahan, ramai meminta untuk bergambar bersama-sama dan ia sangat menggalakkan. Sesuatu yang di luar jangkaan dan sungguh tak sangka yang usaha Ilia ini diberikan penghargaan oleh penonton.

 

Ilia menyembunyikan tentang penglibatan dalam aksi lagak ngeri ini dari pengetahuan keluarga dan mereka hanya mengetahuinya apabila dijemput untuk melihat persembahan Ilia, apakah reaksi pertama dari keluarga setelah menyaksikan persembahan itu?

Sebenarnya, Ilia berkongsi tentang hal ini dengan kakak dari awal lagi kerana berbanding ibu dan ayah, dia lebih memahami. Namun, kakak terlepas cakap dan membuatkan ibu dan ayah risau. Ilia terpaksa menjelaskan bahawa apa yang dilakukan ini bukanlah sepenuh masa dan masih lagi menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Sehinggalah Ku Fazli memberikan tiket dan menjemput ayah dan ibu turun menyaksikan persembahan Ilia.

Previous Post

KLIMS 2018

Next Post

LC R1

Next Post

LC R1

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved