Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Lancar Minyak Enjin Premium Shell Advance Ultra 10W-50

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-10-29
in BULETIN, UTAMA
0

Shell Malaysia meraikan ulang tahun ke-26 kerjasama teknikalnya bersama Ducati Corse dalam kejuaraan MotoGP, dengan melancarkan minyak enjin motosikal terbaharu Shell Advance Ultra 10W-50 (API SP), minyak pelincir premium yang dipercayai penunggang di seluruh dunia. Majlis pelancaran ini berlangsung sempena pusingan MotoGP 2025 di Litar Antarabangsa Sepang.

Minyak enjin ini diformulasikan dengan teknologi Shell PurePlus, iaitu proses revolusi yang menukar gas asli menjadi minyak asas jernih dengan tahap ketulenan 99.5%. Formulasi ini direka khas untuk memberikan kuasa, prestasi dan perlindungan unggul. Kini dengan piawaian API SP, rangkaian premium ini memberi keyakinan kepada penunggang untuk menikmati tunggangan yang lebih lancar dan tahan lama.

Menurut Darlina Mohd Sibi, Pengurus Besar Kumpulan Shell Lubricants MY/SG dan Asia Tenggara, “Shell Advance, jenama minyak motosikal No.1 di Malaysia, terus memperkukuh kerjasama teknikal bersama Ducati Corse dengan membawa inovasi bertaraf dunia daripada litar MotoGP kepada penunggang di Malaysia. Produk utama kami, Shell Advance Ultra, dibangunkan bersama Ducati dan diuji dalam keadaan ekstrem bagi memberikan kuasa, perlindungan serta prestasi terbaik di jalan raya dan litar.”

Beliau turut menambah bahawa kepercayaan dan semangat penunggang serta mekanik menjadi sumber inspirasi Shell untuk terus melangkah ke hadapan, menolak sempadan inovasi demi memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan di seluruh dunia.

Dalam ujian yang dijalankan baru-baru ini, pelumba yang mengambil bahagian lebih cenderung memilih Shell Advance Ultra berbanding minyak pelincir berasaskan ester, setelah mendapati ia memberikan pemanduan lebih lancar, penukaran gear lebih baik dan bunyi enjin lebih senyap. Hasil kerjasama jangka panjang ini turut menyaksikan Ducati Corse mencipta sejarah apabila menjuarai tiga gelaran utama MotoGP 2025; Kejuaraan Pasukan, Pengeluar dan Pelumba bersama Marc Marquez. Shell Advance Ultra juga terbukti mengekalkan kuasa kuda sehingga 20,000 km, mengekalkan enjin lebih 90% bersih, dan meningkatkan kecekapan bahan api sehingga 5 km tambahan bagi setiap liter.

Sementara itu, Mauro Grassilli, Pengarah Sukan Ducati Corse berkata, “Kami berbangga bekerjasama dengan Shell Advance dalam mendepani inovasi teknologi, membawa prestasi kemenangan Ducati Corse kepada penunggang di seluruh dunia. Selama lebih dua dekad, Ducati telah mempercayai Shell Advance di pentas tertinggi MotoGP, dan tahun ini kami meraikan kejayaan keenam berturut-turut dalam Kejuaraan Pengeluar MotoGP bersama mereka. Kami berbesar hati untuk membawa teknologi kemenangan ini kepada penunggang Malaysia.”

Pelancaran Shell Advance Ultra 10W-50 turut menandakan pelancaran kempen #CrazyGoodOil di Malaysia, menampilkan pelumba Ducati Corse; Marc Marquez dan Francesco Bagnaia, melalui siri aktiviti menarik bersama pengedar dan pengguna seluruh negara.

Selain produk utama Shell Advance Ultra 10W-50, rangkaian minyak enjin Shell Advance turut merangkumi beberapa pilihan premium lain seperti Advance Power 15W-50, Advance Long Ride 10W-40, serta siri AX7 separa sintetik (10W-40 dan 15W-50). Kesemua produk ini direka untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis penunggang daripada mereka yang mengutamakan prestasi, jarak jauh, hinggalah kepada penggunaan harian dengan perlindungan dan ketahanan enjin yang optimum.

 

 

Previous Post

GSX-8T & GSX-8TT Semangat Klasik, Prestasi Masa Depan

Next Post

Sentuhan Hati di Baitul Aini, Masa Untuk Memberi Kembali Kepada Masyarakat

Next Post

Sentuhan Hati di Baitul Aini, Masa Untuk Memberi Kembali Kepada Masyarakat

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved