Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Lancar Enam Motosikal Baharu, Perkenalkan Ducati Corse Credit Dan Pengumuman 2 Pusat Ducati Di KL Dan JB

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-06-10
in BULETIN, UTAMA
0

Majlis Ducati Malaysia Premiere 2022 yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan pelbagai segmen menarik termasuk pelancaran enam motor baharu Ducati, pengenalan kepada kemudahan Ducati Corse Credit untuk membeli motosikal baharu Ducati dan juga pengumuman 2 pusat Ducati eksklusif di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Tiga pengumuman ini membentuk asas kepada pengembangan program yang agresif oleh Ducati Malaysia dan juga pengimport dan pengedar tunggal jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn. Bhd. Program ini dilihat sebagai salah satu usaha Ducati bagi mengukuhkan kedudukan jenama ini sebagai motosikal premium paling diminati di pasaran tempatan.

Pada majlis yang sama, Ducati turut mendedahkan 6 model terbaharu sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada para peminat motosikal iaitu Streetfighter V2, Multistrada V2S, Panigale V2 Bayliss, Streetfighter V4 Sp, Scrambler Urban Motard dan Scrambler 1100 Tribute Pro.
Menurut ketua Ducati Malaysia dan Next Bike Sdn Bhd, En. Dennis Michael berkata Ducati Malaysia kini berada di kedudukan yang lebih kukuh dan pelancaran 6 model terbaharu ini menggariskan komitmen yang berterusan serta berusaha untuk menjadikannya sebagai jenama motosikal premium paling diingini di pasaran.

Dalam majlis yang sama, Ducati Corse Credit turut dilancarkan yang mana ia memberi banyak pilihan kepada pelanggan dengan menyediakan kemudahan pembiayaan dalaman untuk pembiayaan semua motosikal baharu Ducati. Selain itu, pihak media juga dimaklumkan dengan penubuhan dua Pusat Ducati baharu di Kuala Lumpur dan Johor Bahru bagi mengukuhkan lagi rangkaian sedia ada di Malaysia iaitu Sungai Buloh dan Pulau Pinang serta pusat 3S terbesar dan bilik pameran Ducati kedua terbesar di Petaling Jaya.

Previous Post

Mengenal Lebih Dekat Produk Dan Jenama Edaran Motor City Autopart

Next Post

Dalam Ride Bina Ukhwah, Dakwah Dan Sahsiah

Next Post

Dalam Ride Bina Ukhwah, Dakwah Dan Sahsiah

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved