Tasik Raban Lenggong yang bertempat di Kuala Kangsar menjadi lokasi pertemuan bagi program anjuran Rose Riders. Diadakan pada 2 April lalu, kesemua para peserta berkumpul terlebih dahulu bagi menjayakan program ini yang melibatkan sebanyak 100 jentera.
Sebagaimana yang telah ditetapkan, para peserta berkumpul dan diberi taklimat ringkas oleh presiden Rose Riders Malaysia iaitu Bro Zass. Sejurus itu, konvoi bermula dengan cukup teratur. Setibanya di lokasi checkpoint, para peserta mengambil peluang ini menikmati panorama sebelum sesi suaikenal dimulakan.
Setelah selesai, konvoi meneruskan pula perjalanan menuju ke Bandar DiRaja Kuala Kangsar yang diiringi marshall terpilih membawa gerombolan ini mengunjungi tempat-tempat menarik. Para peserta juga dibawa menikmati juadah tengah hari di Lembah Sayong.
Program melabuhkan tirai di Maahad Tahfiz yang terdekat dengan pemberian infaq sejadah dan wang tunai. Para peserta sempat beramah anak-anak pencinta Al-Quran ini. Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh penganjur program iaitu Bro Zass, Rose Riders tetap menjalankan aktiviti dalam menegakkan minat 2 roda demi membina ukhwah permotoran serta menyampaikan dakwah dalam setiap program serta mendidik sahsiah para pencinta 2 roda.
Mudah-mudahan perjuangan presiden bersama Rose Riders diberkati.